IPOH: Tiada halangan bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) membudayakan dan menyemarakkan pengunaan tulisan Jawi di papan-papan tanda premis perniagaan serta nama jalan di Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pendekatan itu telah pun dilaksanakan di dua PBT iaitu Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).
"Ia (pengunaan tulisan Jawi) usaha yang dijalankan oleh PBT mengikut kesesuaian lokaliti masing-masing.
"Saya difahamkan oleh Yang Dipertua dan MPKK bahawa perkara ini telah dibawa dalam mesyuarat penuh dan dipersetujui oleh wakil daripada Ahli Majlis.
"Kerajaan negeri tidak mempunyai halangan jika Kerajaan Tempatan telah mendapat sokongan daripada penduduk, setakat ini saya tidak mendapat aduan berkenaan bantahan tentang perkara itu (tulisan Jawi)," katanya.
Nolee Ashilin berkata demikian selepas merasmikan Jerayawara Dasar Kebudayaan Negara (Daken) dan Majlis Perasmian Hari Seniman Negara Negeri Perak, di sini pada Selasa.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Munawati Yaacob.
Beliau menambah, difahamkan sehingga kini hanya ada dua PBT di Perak yang melaksanakan pendekatan tersebut.
"Engagement juga telah dibuat dengan peniaga bukan Melayu untuk melakukan perkara tersebut.
"Kerana mereka memikirkan ia satu bandar pelancongan yang ditakrifkan sebagai bandar Diraja (Kuala Kangsar), dan mereka perlu kekalkan elemen yang menonjolkan warisan dan tradisi melalui seni tulisan Jawi," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan MPKK sedang mengorak langkah bagi pembudayaan tulisan Jawi untuk menghiasi kawasan sekitar daerah tersebut.
Yang Dipertuanya, Zulqarnain Mohamad berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas positif daripada pengendali premis komersil di daerah berkenaan berhubung langkah diambil agensi itu bagi memenuhi hasrat tersebut.
Selain itu, MDBG turut menjelaskan bahawa arahan terbaharu untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan tanda bukanlah perintah wajib, tetapi dasar untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan tulisan itu di kawasan pentadbiran mereka.
Terdahulu, dalam sidang media Nolee Ashilin berkata Hari Seniman Negara disambut untuk meningkatkan kesedaran dan aspresiasi masyarakat terhadap peranan seni budaya.
Aida Aziz
Tue Mar 22 2022

Pendekatan itu telah pun dilaksanakan di dua PBT iaitu Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). - Foto Astro AWANI
![[TERKINI] OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus [TERKINI] OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976747/13069822841657092950076_640x360.jpg)
[TERKINI] OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus
Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM)

Forum PRU15 | Hadkan tempoh Perdana Menteri, elak kuasa berlebihan
Tempoh masa Perdana Menteri perlu dihadkan bagi mengelakkan individu tersebut bertindak seperti seorang ‘maharaja’, kata Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini adalah 2.25 peratus.

Kes rasuah Ahmad Zahid: Hakim akan lawat dua banglo di Country Heights, Kajang
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersetuju untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid.

UMNO Kalabakan sudah hantar senarai calon PRU-15
Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.

Krisis Perubatan | Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor
Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor perubatan selepas ramai dalam kalangan mereka mencari peluang bekerja di luar negara. Persatuan Perubatan Turkiye berkata mereka bertindak demikian dalam usaha mencari persekitaran kerja dan kualiti hidup yang lebih baik.

Banjir | Australia akan rangka pelan jangka panjang
Australia sedang merangka pelan penyelesaian jangka panjang dalam mendepani bencana banjir. Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata ia susulan banjir yang melanda Sydney ketika ini.

Isu | Permintaan minyak masak paket naik mendadak
Permintaan minyak masak paket subsidi di kawasan luar bandar di Kelantan meningkat dua kali ganda selepas pihak kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak botol. Menurut salah seorang pengilang yang dilantik oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tambahan kuota minyak paket subsidi diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Bekalan Makanan | Permintaan ayam naik dua kali ganda
Permintaan ayam segar di negara ini naik dua kali ganda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ia selepas orang ramai dibenar menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan rumah terbuka perayaan.

Bekalan Makanan | Penjual ayam perlu lebih masa jika operasi bertukar
Kerajaan perlu memaklumkan lebih awal jika putuskan untuk menarik semula larangan eksport ayam ke Singapura kerana banyak perkara perlu dilaksana penternak seperti mengaktifkan semula ternakan yang khusus untuk diimport. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ternakan yang dijual untuk pasaran tempatan tidak sama berbanding tujuan import.

Tiada halangan PBT di Perak guna tulisan Jawi- Exco
Sehingga kini hanya ada dua PBT di Perak yang melaksanakan pendekatan tersebut.

Teruk dikecam, MPKj turun papan tanda Jawi 'terbalik'
Papan tanda Jalan Dana Permai, Semenyih di bawah pentadbiran PBT itu ditulis dari kiri ke kanan.

Tulisan jawi identiti negara, perlu dipertahan dan diperkasa - PM Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tulisan jawi adalah sebahagian daripada identiti negara yang bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi diperkasakan kembali.

Dewan Rakyat: Pembelajaran tulisan jawi tetap diteruskan
Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi di SJK dan SK seperti yang diputuskan.

Dewan Rakyat sentuh isu tulisan jawi, kedudukan hutang negara hari ini
Sabri bertanya mengenai kesinambungan tulisan jawi yang ditiadakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sedangkan kursus-kursus berkaitan jawi disediakan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

Tulisan jawi: ADUN Tras gagal peroleh kebenaran mula semakan kehakiman
Hakim memerintah Chow menjelaskan kos masing-masing RM5,000 kepada Majlis Daerah Raub dan kerajaan negeri Pahang, yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu.

Tidak perlu risau pelaksanaan Hari Jawi
Pelaksanaan Hari Jawi adalah bertujuan untuk mengekal dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan.

Apabila saya tiada, semuanya akan tinggal sejarah - Uncle Kuah
Kisah Uncle Kuah, satu-satunya pengukir batu nisan granit berketurunan Cina di Kuala Selangor, dan mungkin juga di Malaysia, yang masih hidup. Dan beliau bimbang legasinya akan terhenti.

Dong Jiao Zong akui pembelajaran tulisan Jawi bukan bermotif Islamisasi - Mujahid
Dong Jiao Zon bersetuju pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK bukan bertujuan untuk mengislamkan mana-mana pelajar bukan Islam.

Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia
Hussamuddin menyifatkan suasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.