awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada hasrat kecualikan e-invois bagi transaksi jualan kurang RM500 di kedai perkakasan

Bernama
Bernama
29/08/2025
04:20 MYT
Tiada hasrat kecualikan e-invois bagi transaksi jualan kurang RM500 di kedai perkakasan
Pelaksanaan e-Invois dilaksanakan secara berfasa mulai 1 Julai 2024 dan melalui inisiatif ini, peniaga terbabit perlu mengeluarkan e-Invois yang mengandungi maklumat seperti mana yang ditetapkan oleh perundangan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk mengecualikan e-Invois bagi transaksi jualan di bawah RM500 di kedai 'hardware' atau perkakasan berikutan layanan khas yang telah diberikan iaitu e-Invois hanya perlu diberikan berdasarkan jenis barangan.
Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis, Kementerian Kewangan (MOF) berkata sebarang pertimbangan pengecualian akan hanya mewujudkan 'loophole' atau kelemahan dan mendorong peniaga untuk tidak terlibat dalam inisiatif pengeluaran e-Invois yang bertujuan menyokong hasrat pendigitalan perniagaan.
Pengeluaran e-Invois yang disatukan tidak dibenarkan bagi lapan aktiviti atau transaksi iaitu automotif, penjualan tiket penerbangan dan penerbangan peribadi, barangan emas, pembinaan, pemborong dan peruncitan barangan pembinaan (hardware), pertaruhan dan permainan berlesen serta bayaran kepada ejen dan pengedar.
"Walaupun e-Invois tidak perlu dikeluarkan, peniaga hardware masih perlu mengeluarkan dokumen seperti resit sebagai mana amalan biasa perniagaan.
"E-Invois yang disatukan perlu dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam tempoh tujuh hari pertama dalam bulan berikutnya," katanya.
Kenyataan kementerian itu sebagai menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) mengenai pertimbangan cadangan mengecualikan kewajipan e-Invois bagi kedai perkakasan bagi transaksi di bawah RM500 atau pembelian kecil daripada kedai berkenaan agar tidak membebankan rakyat.
Pelaksanaan e-Invois telah dilaksanakan secara berfasa mulai 1 Julai 2024 dan melalui inisiatif ini, peniaga terbabit perlu mengeluarkan e-Invois yang mengandungi maklumat seperti mana yang ditetapkan oleh perundangan.
"Bagi membantu peniaga khususnya dalam keadaan di mana pembeli tidak memerlukan e-Invois, peniaga dibenarkan mengeluarkan e-Invois yang disatukan yang merupakan penyatuan transaksi jualan barang dan penyediaan perkhidmatan bagi tempoh tertentu dalam satu invois sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-invois
#Kementerian Kewangan
#transaksi kurang RM500
#kedai perkakasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan