awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada hukuman murid tidak pakai lencana Jalur Gemilang - KPM

Bernama
Bernama
28/03/2025
11:30 MYT
Tiada hukuman murid tidak pakai lencana Jalur Gemilang - KPM
Tiada sebarang hukuman dikenakan ke atas murid yang tidak memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang hukuman dikenakan ke atas murid yang tidak memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
Menurut senarai soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan KPM, inisiatif itu yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 21 April depan bertujuan memupuk semangat patriotisme serta cintakan negara.
KPM menjelaskan langkah itu juga bagi meningkatkan rasa bangga dan hormat kepada negara selain meningkatkan disiplin murid.
"Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 dikeluarkan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif ini adalah mengikut prosedur dan garis panduan," menurut FAQ itu.
Menurut dokumen itu, KPM juga akan membekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma bagi semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026 dan akan diedarkan terus kepada murid di sekolah secara berperingkat.
FAQ itu menyebut lencana Jalur Gemilang yang akan dibekalkan kepada murid berbentuk pin lencana dan mudah disematkan di atas semua jenis seragam murid.
"Maklumat lanjut spesikasi lencana boleh didapati dalam Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah KPM yang disertakan bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025," menurut FAQ itu.
Semalam, KPM mengumumkan pelaksanaan inisiatif itu juga melibatkan sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan tujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid dan pendidik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiada hukuman
#lencana
#Jalur Gemilang
#KPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan