KUALA LUMPUR:Kelulusan vaksin COVID-19 yang memasuki pasaran di Malaysia tidak mengikut jalan pintas, sebaliknya dikenakan syarat ketat bagi memastikan ia selamat, berkesan dan berkualiti.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Amrahi Buang berkata vaksin COVID-19 yang telah didaftarkan di negara lain perlu melalui kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan ia mesti memenuhi syarat sedia ada bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia yang menggunakan vaksin itu.
Beliau berkata proses ini dilakukan sepertimana dilaksanakan terhadap vaksin terdahulu yang pernah memasuki pasaran Malaysia.
"Ini bermakna vaksin ini akan melalui fasa praklinikal, fasa I,II,III klinikal dan sekarang apabila ia telah didaftarkan di Malaysia, ia akan memasuki ke fasa yang berikutnya.
"Apabila terdapat vaksin (baharu) yang berada di Malaysia, ia perlu menepati tiga syarat utama iaitu selamat, berkesan dan berkualiti dan ini yang kami ingin beritahu rakyat Malaysia bahawa tidak perlu ada kebimbangan dalam hal ini," katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung di Bernama TV di sini, hari ini.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19. Klik di sini
BACA: Vaksin COVID-19 tiba Ahad ini, PM terima suntikan 26 Feb
Dalam pada itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini dan mengumumkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dijangka tiba di Malaysia Ahad ini dan program imunisasi itu akan dimulakan secara berfasa bermula 26 Feb.
Ditanya tentang keraguan segelintir rakyat Malaysia terhadap kandungan vaksin COVID-19, Amrahi berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menjelaskan fatwa berkaitan vaksin COVID-19 dan hukum ambilannya adalah harus.
Beliau berkata melalui pantauannya juga, isi kandungan vaksin Pfizer-BioNTech tidak mempunyai bahan daripada sumber haiwan.
"Oleh itu, kita boleh buat andaian bahawa vaksin ini produk halal.
"Begitu juga vaksin Sinovac yang dibangunkan syarikat farmaseutikal China... vaksin itu telah digunakan di Indonesia dan difatwa halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) setelah membuat kajian bagi memastikan vaksin itu tidak mengandungi bahan terlarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021
Vaksin COVID-19 yang telah didaftarkan di negara lain perlu melalui kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara dan ia mesti memenuhi syarat sedia ada bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia. - Gambar fail
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.