awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kejadian rompakan di Genting Highlands - Polis

Bernama
Bernama
31/08/2022
14:59 MYT
Tiada kejadian rompakan di Genting Highlands - Polis
Rakaman video yang tular mendakwa kemungkinan berlaku kejadian rompakan atau kebakaran berikutan kasino di pusat peranginan itu tidak boleh diakses sama ada masuk atau keluar. - Gambar/ Media sosial
KUANTAN: Polis mengesahkan tiada kejadian rompakan di Genting Highlands, Bentong seperti yang tular di media sosial, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata tiada laporan polis diterima atau dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan insiden tersebut.
"Pihak polis juga telah menjalankan siasatan dan mengesahkan tidak berlaku kejadian rompakan sebagaimana yang didakwa di dalam video atau audio yang ditularkan di media sosial," katanya dalam kenyataan media malam ini.
Beliau turut memohon kerjasama semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan sesuatu yang boleh menimbulkan kegusaran atau menjejaskan ketenteraman awam.
Rakaman video yang telah tular menerusi aplikasi TikTok mendakwa kemungkinan berlaku kejadian rompakan atau kebakaran berikutan kasino di pusat peranginan itu tidak boleh diakses sama ada masuk atau keluar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#rompakan
#kes tular
#polis nafi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan