Semua 111 sekolah yang ditutup akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim tidak perlu mengadakan kelas gantian kerana cuti yang telah diisytiharkan untuk sekolah terlibat merupakan cuti bencana.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata sesi pengajaran dan pembelajaran (PNP) di semua sekolah berkenaan akan berjalan seperti biasa, selepas sekolah kembali dibuka pada Ahad ini.
"Oleh kerana kita (sudah) isytihar dari segi keselamatan (bencana), (maka) cuti itu adalah cuti yang tidak perlu ganti.
"Peperiksaan juga tidak akan dianjak, namun guru diharap dapat menghabiskan silibus pembelajaran kerana mereka perlu kejar seminggu (tempoh cuti pencemaran) bagi memastikan pelajar dapat bersedia hadapi peperiksaan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada Selasa yang menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat keputusan sama ada cuti akibat pencemaran itu perlu diganti dengan kelas gantian atau tidak.
Aminolhuda ditemui pemberita selepas menyertai Program Gotong-Royong Pasca Pencemaran Sungai Kim Kim di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Jasni Omar dan Guru Besar SK Tanjung Puteri Resort, Asri A.Karim dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan Rohaizat Rahmat.
Terdahulu, beliau memberitahu semua sekolah yang terjejas akibat insiden tersebut wajib dibersihkan sehingga esok, sebelum dibuka semula pada Ahad ini.
"Semua tingkap dan kipas perlu dibuka untuk pastikan ada pengedaran udara. Selain itu, satu taklimat akan diadakan oleh pakar kepada sekolah terlibat pada 1 April bagi menerangkan langkah penjagaan seterusnya," katanya.
Bernama
Fri Mar 29 2019
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PNP) di semua sekolah berkenaan akan berjalan seperti biasa, selepas sekolah kembali dibuka pada Ahad ini. - Gambar fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Bapa mentua Aminolhuda meninggal dunia akibat strok
Bapa mentua kepada Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan meninggal dunia akibat strok, di Hospital Sultanan Aminah (HSA) di sini pagi tadi.
Jawatankuasa induk jentera pilihan raya PH Johor dibentuk
Jawatankuasa itu akan diketuai Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan bagi menghadapi PRK kedua kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.
Amanah Johor harap anak tempatan jadi calon PRK
Aminolhuda berkata, perkara tersebut antara yang dicapai hasil mesyuarat yang diadakan bersama pimpinan Amanah negeri.
Muhyiddin mohon peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen bantu mangsa banjir
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencadangkan supaya jumlah bantuan berkenaan dinaikkan.
PRU15: Wujudkan polisi pengambilan pekerja asing - Calon
Syarikat industri turut digesa mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding warga asing.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: PH umum tiga teras tawaran kepada rakyat Johor
Ia masing-masing melibatkan teras membina semula ekonomi rakyat; menjamin kesejahteraan rakyat; serta mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.
PH Johor, MUDA bincang kerjasama hadapi PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beri laluan hingga akhir penggal, PRN Johor dalam masa terdekat tidak wajar
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan, kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu disaran untuk terus mentadbir jentera kerajaan sehingga akhir penggal.
18 kerusi DUN Johor 'ditinggalkan' Bersatu akan dibahagi secara muafakat dalam PH
Sebuah jawatankuasa pengagihan kerusi DUN antara Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sudah ditubuhkan di peringkat negeri.