Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis tidak menerima sebarang aduan mengenai harga kelengkapan persekolahan termasuk kasut hitam.
Pengarahnya Khairul Amin Talib berkata pemantuan akan berterusan hingga 6 Januari depan bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan terutama menjelang pembukaan sesi persekolahan awal Januari ini.
"KPDHEP mengalukan-alukan aduan orang ramai dan jika meragui harga yang dipamerkan, mereka hendaklah terus menghubungi pejabat ini supaya tindakan dapat diambil segera di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," kata Khairul Amin.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2018 di Pasaraya Giant Kangar di sini, hari ini. Pengurus Pasaraya Giant, Kangar Alimuddin Ummareng turut hadir.
Khairul Amin berkata pemantauan yang dibuat oleh pihaknya sejak semalam juga mendapati harga 16 barangan keperluan awam yang dikawal masih di bawah harga siling.
Khairul Amin berkata KPDNHEP berpuas hati dengan sikap peniaga di negeri ini kerana mematuhi peraturan khususnya mempamerkan harga barang jualan terutama barang kawalan.
Bekalan barang keperluan dalam musim perayaan Krismas adalah mencukupi dan orang ramai tidak pelru bimbang, katanya dan meanmbah penguatkuasaan pelaksanaan Skim Kawalan Harga bermula semalam sehingga 27 Disember ini bertujuan menyekat kenaikkan harga.
Beliau berkata aduan salahlaku peniaga khususnya menaikkan harga sewenang-wenangnya boleh disampaikan kepada KPDNHEP melalui talian 03-80008000 di Malaysia Government Call Centre (MYGCC), talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) di 03-88826245/6088.
Aduan juga dibuat melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU, email ke alamat [email protected] atau dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) ke 15888 dengan menaip "KPDNHEP ADUAN " lapor/hadir ke mana-mana 73 buah pejabat KPDNHEP di seluruh negara atau WhatApps ke 019-2794317," katanya.
Bernama
Mon Dec 24 2018
Pemantauan yang dibuat oleh pihaknya sejak semalam juga mendapati harga 16 barangan keperluan awam yang dikawal masih di bawah harga siling. - Gambar fail
263 pemilik tanah menerima cek pampasan berjumlah RM75.7 juta
Kerajaan negeri Sarawak menyerahkan cek pampasan berjumlah RM75.7 juta kepada 263 pemilik tanah yang terlibat dalam projek Pembangunan Darul Hana.
NUJ, GERAMM ucap takziah pemergian Editor Video Astro AWANI
NUJ dan GERAMM dalam satu kenyataan bersama menyifatkan Allahyarham, yang mesra disapa sebagai Randy, meninggalkan kenangan sebagai seorang yang dedikasi dan komited dalam tugasnya.
Pengusaha produk warisan Sarawak boleh memohon dana anjur kelas, bengkel
Pengusaha-pengusaha produk warisan, kebudayaan dan kesenian di Sarawak boleh memohon dana mudahcara daripada Kerajaan Sarawak untuk membiayai penganjuran kelas atau bengkel membuat produk berkenaan.
Sabah komited jadi penanda aras terbaik pengurusan antirasuah
Kerajaan Sabah melaluI Bahagian Integriti dan GOvernans Negeri Sabah (BIGONS) telah melaksanakan usaha strategikseperti membangunkan pelan anti-rasuah di setiap 132 agensi di Sabah selain memantau pelaporan status perlaksanaan pelan anti-rasuah melalui sistem i-Do atau i-Dashboard.
Sarawak mahu bawa 'Lipan' dan 'Kerbau' ke pasaran antarabangsa
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg kagum dengan kemampuan dua mesin penuai bijisawit buatan Sarawak 'Lipan' dan 'Kerbau' dan berharap ia dapat dipasarkan di peringat global.
Pindaan Ordinan Buruh Sabah diluluskan selepas 20 tahun
Pindaan pada kali ini merupakan pindaan kali kedua iaitu hampir 20 tahun selepas pindaan terakhir pada tahun 2005. Pada hari ini, Kerajaan telah berjaya membentang RUU OBS untuk bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Pantau Agenda Reformasi: Dunia perlu bertindak, lindungi Tentera Pengaman UNIFIL
Bagaimana PBB dan dunia perlu bertindak di sebalik desakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya PBB keluarkan tentera pengaman UNIFIL?
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.
Thailand janji sokong penuh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Selepas kejayaan Laos menamatkan pengerusiannya, perhatian kini tertumpu kepada Malaysia untuk meneruskan usaha dan komitmen ASEAN.
Tiada kenaikan harga kelengkapan persekolahan di Perlis - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis tidak menerima sebarang aduan mengenai harga kelengkapan persekolahan termasuk kasut hitam.