awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kenaikan yuran tabika, taska Kemas tahun depan

Bernama
Bernama
10/12/2024
12:56 MYT
Tiada kenaikan yuran tabika, taska Kemas tahun depan
Ibu bapa diharapkan kekal tenang dan terus menjadikan premis Kemas sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memaklumkan tidak berlaku kenaikan yuran Taman Bimbingan Kanak-Kanak (tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) kendalian jabatan itu bagi sesi persekolahan tahun depan.
Kemas dalam kenyataan hari ini menjelaskan laporan berita sebelum ini yang bertajuk “Yuran taska dan tabika meningkat hingga 25 peratus?” serta visual yang memaparkan rakaman di dalam tabika Kemas telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke premis berkenaan.
"Kemas ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran bagi sesi persekolahan tahun depan. Kerajaan MADANI melalui Kemas sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat.
"Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan premis Kemas sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, media melaporkan yuran Taman Didikan Kanak-Kanak (tadika) dan taska seluruh negara dijangka naik antara 20 hingga 25 peratus susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 1 Feb tahun depan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Ibu Pejabat Kemas Putrajaya di talian 03-88912682.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tadika
#taksa
#Kemas
#yuran
#kenaikan yuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan