awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kenaikkan harga barang kawalan

Bernama
Bernama
11/02/2013
13:37 MYT
Tiada kenaikkan harga barang kawalan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan harga beberapa barangan kawalan naik di negeri utara tanah air, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga cili merah kulai dan tomato tempatan yang dilaporkan harganya dinaikkan di Kedah itu tidak tersenarai di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2013 yang dikuatkuasakan sejak 6 Feb lalu.
Jelas beliau, cili merah kulai yang dikawal ialah yang diimport dari China dan tomato yang dibawa masuk dari Thailand.
"Sehingga kini, penguatkuasa KPDNKK tidak menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga barangan tersebut dan laporan yang disiarkan oleh berita televisyen swasta semalam adalah tidak benar.
"Cili merah kulai dan tomato tempatan dari Cameron Highlands yang bukan barangan kawalan naik harga kerana terdapat banyak permintaan sempena Tahun Baharu Cina," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal peringkat Parlimen Bera di Triang dekat sini hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mendapati ada peniaga yang cuba menaikkan harga barangan kawalan supaya membuat aduan kepada pihak kementerian untuk tindakan sewajarnya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2013
#Tahun Baru Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan