Tiada kes Influenza A (H5N1) dikesan di kalangan manusia hasil pemantauan kesihatan yang dibuat semalam oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkaitan.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum keresahan orang ramai dan ada menerima pertanyaan sama ada ayam di negeri berkenaan selamat dimakan.
"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ayam dan hasilan ayam adalah selamat dimakan sekiranya ia dimasak dengan sempurna iaitu pada suhu melebihi 70 Celsius kerana virus H5N1 akan musnah pada suhu tersebut," katanya.
Sehubungan itu, katanya, WHO menyarankan supaya ayam dan hasilan ayam disediakan dalam keadaan yang bersih dan dimasak pada suhu yang secukupnya.
"KKM akan terus bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan semua agensi berkaitan dalam menangani kejadian H5N1 dalam kalangan unggas ini," katanya.
Semalam, laporan daripada Jabatan Veterinar Negeri Kelantan menyatakan terdapat pertambahan lokaliti baru yang positif H5N1 hasil daripada pemantauan sampel unggas.
Pertambahan lokaliti terbaru ini menjadikan empat daerah didapati sampel unggas positif H5N1 iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok.
"Sehubungan itu, JKN dan PKD berkaitan telah melaksanakan aktiviti pengesanan kes secara aktif dalam kalangan manusia dan pemantauan dalam lingkungan 300 meter radius dari tempat kejadian ayam mati atau lokaliti yang positif H5N1 dalam kalangan unggas.
"Sehingga 15 Mac, pemantauan telah dijalankan ke atas 3,556 penduduk oleh 133 anggota kesihatan dan 117 anggota Veterinar dan agensi lain.
"Hasil pemantauan tersebut mendapati 14 orang yang bergejala adalah negatif H5N1 dan telah diberikan rawatan antiviral," katanya.
Jelasnya aktiviti promosi kesihatan berkaitan penyakit selsema burung telah dipergiatkan di kawasan dalam lingkungan 1km radius dari tempat kejadian ayam mati atau lokaliti yang positif H5N1.
Noor Hisham berkata tanda-tanda dan gejala penyakit selesema burung adalah demam tinggi (melebihi 38 darjah Celsius), sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi atau letih lesu.
Oleh itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika mengalami gejala dan terdedah kepada ayam atau unggas mati yang disahkan positif atau kejadian unggas mati yang luar biasa.-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2017
Tiada kes Influenza A (H5N1) dikesan di kalangan manusia hasil pemantauan kesihatan yang dibuat semalam oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkaitan. -Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 - MyCC
Siasatan mendapati maklumat perdagangan sensitif telah dikongsi antara syarikat terbabit yang dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran.
Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar
Semua koperasi di negara ini digalakkan terlibat dalam sektor ternakan dan import ayam dalam memastikan bekalan dengan harga lebih murah dapat diberikan kepada rakyat.
Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli
Permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik.
Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813
Seorang lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.
Ayam murah di Dungun punya sijil halal - Exco
Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China.
Harga ayam dan Akta Persaingan 2010
Saban tahun kita disajikan dengan harga ayam yang meningkat naik terutamanya ketika musim perayaan. Dimana puncanya? Apa pula peranan Akta Persaingan 2010?