awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompromi anggota terlibat jenayah, langgar disiplin - Panglima ATM

Bernama
Bernama
06/10/2022
09:35 MYT
Tiada kompromi anggota terlibat jenayah, langgar disiplin - Panglima ATM
Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata ATM akan memberikan kerjasama dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan 20 anggotanya disiasat polis berhubung dua kes rompakan di Semporna, Sabah pada 15 dan 18 Ogos lepas.
Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata ATM akan memberikan kerjasama dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis.
Beliau menegaskan ATM tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam isu melibatkan sebarang jenayah atau pelanggaran disiplin terutama dalam kalangan warga ATM.
"Ketegasan ini adalah penting kerana ia boleh mencemarkan imej ATM sebagai sebuah organisasi yang mendukung konsep integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
"Semua pihak juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan kes berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat memberitahu seramai 20 anggota tentera ditahan kerana disyaki terbabit dalam dua kes rompakan di laut di perairan Pulau Siamil dekat Semporna.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dan suspek telah dijamin pada 25 Sept lepas dan kes masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Angkatan Tentera Malaysia
#anggota disiasat
#polis
#kes rompakan
#Semporna
#Sabah
#Panglima ATM
#Affendi Buang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan