awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dynamic Island pada iPhone generasi baharu dijangka tampil lebih kecil
Tesla Robotaxi mula tawar perjalanan autonomi terhad di Austin
Bangunan baharu HSJ bukti komitmen kerajaan perkukuh sistem penjagaan kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompromi berhubung soal kedaulatan negeri Sabah - Muhyiddin

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
29/08/2020
07:29 MYT
Tiada kompromi berhubung soal kedaulatan negeri Sabah - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah, hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin menegaskan tiada kompromi berhubung soal kedaulatan negeri Sabah.
Menurutnya, negeri Sabah kekal dalam Malaysia dan pihaknya turut menempelak usaha-usaha tertentu yang mengheret isu berkenaan dengan disifatkan tidak relevan.
“Soal kedaulatan Sabah tidak ada kompromi, baru-baru ini ada kenyataan daripada pihak Filipina, hendak buat peta baharu hendak masukkan dalam pasport.
“Yang belum selesai di peringkat Senate Committee, dia (Filipina) masukkan dalam peta, Sabah, dibawa ke tribunal, kita tidak akan tunduk dengan tuntutan seperti itu.
"Sabah kekal dalam Malaysia, jangan ada usaha menarik Sabah keluar daripada Malaysia, dan jangan ada usaha orang lain untuk menarik Sabah, we will fight until the end to defend Sabah,” kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena Majlis Perjumpaan Dengan Penjawat-Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah, di sini, pada Sabtu.
BACA: Tiada kompromi isu Sabah dalam peta pasport Filipina - Pensyarah
Baru-baru ini, kontroversi berhubung pemetaan negeri Sabah telah dimasukkan ke dalam pasport antarabangsa negara jiran itu sehingga mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat di seluruh negara.
Wisma Putra dalam reaksinya mengutuk tindakan itu dan Kuala Lumpur tidak akan melayan sebarang tuntutan berhubung tuntutan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Sabah
#tuntutan Sabah
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan