awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada konflik berkepentingan' - Azhar jawab isu Azalina pengerusikan Dewan Rakyat

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/10/2021
09:29 MYT
'Tiada konflik berkepentingan' - Azhar jawab isu Azalina pengerusikan Dewan Rakyat
Menurut Azhar, pelantikan Azalina sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) adalah bukan sebagai eksekutif - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menegaskan pelantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat buat sementara waktu, tidak menimbulkan konflik berkepentingan atau conflict of interest.
Ini kerana, menurut Azhar, pelantikan Azalina sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) adalah bukan bertaraf eksekutif.
"Saya telah dimaklumkan oleh YB Pengerang bahawa pelantikan beliau bukanlah berstatus menteri. Jadi, beliau bukan menjadi sebahagian daripada pihak pentadbiran atau eksekutif.
"Beliau hanyalah seorang penasihat yang akan menasihati Perdana Menteri, bukan menasihati kerajaan mengikut pendapat, pengetahuan, dan kebijaksanaan beliau.
"Oleh kerana beliau bukan seorang ahli eksekutif, maka saya tidak nampak apa-apa masalah di dalam permintaan saya untuk beliau mempengerusikan apa-apa persidangan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) sekali lagi bangkit, dan meminta Azhar mengkaji semula permintaan melantik Azalina untuk mempengerusikan mesyuarat.
BACA: Azalina mempengerusi sidang Dewan Rakyat sekali lagi dipertikai
Mengulas lanjut, Azhar berkata sekiranya wujud konflik berkepentingan, beliau sendiri akan memastikan Azalina mengecualikan diri daripada mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat.
"Apabila kita bercakap mengenai conflict of interest ini, dinamiknya adalah berterusan. Jadi, sepanjang mempengerusikan apa-apa persidangan itu, sekiranya beliau tidak perlu membuat apa-apa ruling, mengenai perkara-perkara yang dinasihati beliau, maka saya rasa beliau tidak mempunyai apa-apa konflik berkepentingan.
"Sama juga seperti saya, ramai orang kata saya ada masalah konflik berkepentingan dengan Peguam Negara sebab beliau abang saya. Tetapi sekiranya perkara itu dibincangkan, saya boleh mempengerusikannya. Tetapi kalau saya nak buat ruling, waktu itu konflik berkepentingan akan timbul... maka saya akan mengecualikan diri saya.
"Sama juga dengan Pengerang, sekiranya apa-apa ruling perlu dilakukan oleh beliau, maka sudah tentulah dan saya pasti, beliau akan mengecualikan diri beliau daripada mempengerusikan pada waktu itu. Itu pandangan saya dan pegangan saya," katanya.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Azhar Azizan Harun
#Dewan Rakyat
#RMK12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan