‘Tiada krisis dalam MITRA, saya bekerjasama dengan Prabakaran’ - Ramanan

Ramanan ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 bertemakan “Cahaya MADANI, Sinar Perpaduan” di Brickfields, pada Sabtu. - Foto Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan menegaskan, tiada sebarang krisis antara beliau dengan Pengerusi Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), P. Prabakaran.
Ringkasan AI
- R. Ramanan nafikan wujud krisis dengan Pengerusi MITRA, P. Prabakaran, menegaskan beliau hanya menyelaras agensi dan inisiatif kerajaan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Intervensi Masyarakat India (JPIMI).
- MITRA kekal jalankan peranan asal, dengan keputusan dibuat bersama jawatankuasa; Ramanan menolak dakwaan beliau mengambil alih atau mencuri peranan MITRA.
- Penjelasan dibuat sempena Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 yang turut dihadiri Perdana Menteri dan beberapa menteri kabinet.
“Bertujuan urusan pemantauan dan penambahbaikan bagi komuniti India, jadi kita buat koordinasi sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 bertemakan “Cahaya MADANI, Sinar Perpaduan” di Brickfields, pada Sabtu.
Ramanan turut menegaskan beliau sekadar meneruskan tanggungjawab di bawah Jawatankuasa Pembangunan dan Intervensi Masyarakat India (JPIMI) yang baru ditubuhkan dan akan melengkapkan peranan agensi itu.
“Saya diberi amanah dan tanggungjawab…bukan saya ambil alih atau curi…jadi MITRA akan buat kerja mereka dan hantar kepada jawatan kuasa ini selepas itu, kita akan buat keputusan bersama-sama,” ujarnya lagi.
Malah beliau turut menafikan wujud krisis mengenai jawatan pengerusi MITRA yang kini diterajui oleh Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran.
“Di mana krisis itu? Saya nak tahu,” tegas Ramanan lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami