awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi program khas haji tajaan 1MDB

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
30/07/2018
03:39 MYT
Tiada lagi program khas haji tajaan 1MDB
Sejak 2011 hingga tahun lepas, seramai 5,711 jemaah haji telah ditaja dengan kos hampir RM57 juta. - Gambar fail
Tiada lagi Program Khas Haji tajaan Yayasan 1MDB mulai tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata program tersebut tidak diteruskan memandangkan sumber dana tersebut mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih dalam siasatan pihak berkuasa.
"Sejak 2011 hingga tahun lepas, seramai 5,711 jemaah haji telah ditaja dengan kos hampir RM57 juta," katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Datuk Seri Ahmad Maslan (BN - Pontian) di Dewan Rakyat hari ini.
Ketika soalan tambahan, Ahmad meminta pertimbangan kerajaan untuk membenarkan 1,200 jemaah yang sudah menerima surat tawaran untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
"Apa salahnya untuk memberi kuota kepada mereka untuk menunaikan haji," kata Ahmad.
Jawab Mujahid, keutamaan pemberian kuota adalah untuk mereka yang pertama kali mengerjakan haji.
"Saya ingin jelaskan bahawa kuota mereka ini datang dari Yayasan 1MDB, jadi Kerajaan baharu tidak akan mengambil kuota ini daripada Tabung Haji walaupun penerima tawaran sanggup membayar sendiri untuk mengerjakan haji," katanya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#jemaah haji
#Mujahid Yusof Rawa
#program khas
#tajaan haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan