KUCHING:Mendiami rumah yang hampir roboh, dinding berlubang dan penuh kulat selain atap bocor bukan impian setiap keluarga.
Sudah pasti, sebuah keluarga itu mahukan tempat tinggal yang selesa, bersih dan selamat.
Semua ini dialami Julaihi Zaini, 64 tahun dan keluarganya yang telah puluhan tahun tinggal di rumah yang serba kedaifan di Kampung Rampangi Fasa 1, Kuching.
Nasib yang menimpa Julaihi yang bekerja sebagai penjual kuih itu dapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Kini semua tinggal kenangan dan Julaihi boleh menarik nafas lega apabila menerima sebuah rumah selasa dan selamat.
"Tiada apa yang dapat diungkapkan. Sangat gembira bila menerima rumah macam ini. Lebih-lebih lagi mereka buat rumah ini pada waktu COVID-19 dan saya kagum boleh siap dalam masa sebulan," kata Julaihi ketika ditemui Astro AWANI.
Julaihi antara penerima yang layak bagi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS).
Untuk rekod, sebanyak 110 buah rumah telah disiapkan di bawah program sama dalam tempoh dua tahun.
Sementara itu, bagi Dr Abdul Rahman, ia merupakan salah satu inisiatif di bawah Pusat Khidmat DUN Pantai Damai menerusi dana yang diperuntukkan.
Astro Awani
Wed Nov 25 2020
Nasib yang menimpa Julaihi yang bekerja sebagai penjual kuih itu dapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. - Astro AWANI
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Tiada lagi rumah usang, penjual kuih dan keluarga dapat tempat tinggal baharu
Mendiami rumah yang hampir roboh, dinding berlubang dan penuh kulat selain atap bocor bukan impian setiap keluarga.