KUALA LUMPUR: Tiada pelaporan kes strok untuk vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19 dalam kajian klinikal oleh syarikat pemegang pendaftaran produk Pfizer Sdn Bhd, yang dikemukakan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini tiada signal keselamatan strok iskemik dikesan melalui lain-lain sistem pemonitoran keselamatan di Amerika Syarikat susulan penggunaan vaksin berkenaan.
"Memandangkan vaksin itu telah diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat pada 13 Dis 2022, pihak Pfizer Sdn Bhd mesti mengemukakan data keselamatan terkini secara berperingkat selepas vaksinasi.
"Seperti makluman umum, vaksin ini belum digunakan di Malaysia. NPRA akan mengikuti rapat data serta analisis di negara-negara rujukan mengenai vaksin bivalent ini dan akan terus memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata demikian bagi mengulas laporan Reuters bertajuk 'U.S. FDA, CDC see early signal of possible Pfizer bivalent COVID shot link to stroke' yang diterbitkan pada 15 Jan lepas.
Beliau berkata, maklumat daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat itu merupakan pemakluman berkenaan satu signal keselamatan yang dikesan daripada satu pangkalan data pemonitoran keselamatan, Vaccine Safety Datalink (VSD).
Katanya, semua signal keselamatan yang dikesan perlu disiasat dan dinilai terlebih dahulu sebelum disahkan.
Analisis lanjut juga tidak mengesahkan signal keselamatan tersebut. Pemonitoran keselamatan vaksin COVID-19 di negara-negara rujukan lain juga tidak mengesan isu keselamatan ini. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Tiada pelaporan kes strok untuk vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19 dalam kajian klinikal oleh syarikat pemegang pendaftaran produk Pfizer Sdn Bhd, yang dikemukakan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Tiada laporan kes strok dalam kajian vaksin Corminaty Bivalent - Dr Noor Hisham
Setakat ini tiada signal keselamatan strok iskemik dikesan melalui lain-lain sistem pemonitoran keselamatan di Amerika Syarikat.

Vaksin buatan Sinovac: Apa yang kita tahu setakat ini?
Data berkait tahap keberkesanan vaksin yang dinamakan CoronaVac itu dilihat berbeza antara satu sama lain mengikut negara.

Satu per empat tidak mahu vaksin, usaha menentang COVID-19 boleh gagal - WEF
Pengurangan 26 peratus berhubung keyakinan terhadap vaksin cukup untuk menggagalkan keberkesanan pelan vaksinasi COVID-19.