awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra

Bernama
Bernama
19/09/2024
04:45 MYT
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter yang melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat pada Rabu.
PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu (18 Sept), menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, kementerian itu yang dikenali sebagai Wisma Putra, berkata bahawa ia sedang memantau dengan teliti kesan gempa bumi itu melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka, amat digalakkan untuk berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my," menurut kenyataan itu.
Menurut Wisma Putra, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di Jl. H.R. Rasuna Said Kav.x/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, Indonesia, nombor telefon: +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036 (Untuk Kecemasan Selepas Waktu Pejabat) atau e-mel [email protected].
"Malaysia turut berdukacita dan bersimpati terhadap mangsa dan keluarga yang terkesan akibat bencana alam ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#bandung
#Wisma Putra
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan