awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada layanan istimewa untuk Anwar di penjara

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2015
04:24 MYT
Tiada layanan istimewa untuk Anwar di penjara
ZAHID: Jabatan Penjara menegaskan akan melayan semua banduan secara saksama seperti mana peruntukan undang-undang. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Tiada layanan istimewa untuk Datuk Seri Anwar ibrahim di Penjara Sungai Buloh, Selangor selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lima tahun ke atasnya pada Isnin.
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan anwar akan menjalani hukuman dan kehidupan yang sama seperti banduan lain di penjara tersebut.
Menurut Ahmad Zahid, Jabatan Penjara tidak akan menyediakan kemudahan istimewa kepada ahli politik veteran berusia 67 tahun tersebut sepanjang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
Ini kerana jelas beliau, Jabatan Penjara menegaskan akan melayan semua banduan secara saksama seperti mana peruntukan undang-undang.
Sebelum ini, terdapat kebimbangan daripada pelbagai pihak bahawa beliau akan diberi layanan istimewa dan luar biasa di penjara./
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Anwar Ibrahim
#Penjara Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan