ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tidak berhasrat untuk mengeluarkan lesen baharu untuk premis rumah urut di Langkawi bagi mengelakkan kegiatan tidak bermoral berleluasa di pulau pelancongan itu.
Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Mejar (B) Mansor Zakaria berkata premis sedia ada masih boleh beroperasi selagi tidak melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Di Langkawi sudah terdapat 41 premis urutan traditional, 31 premis dandanan rambut, 30 premis refleksologi, 17 premis rawatan muka, enam premis sauna dan spa, lima premis gim, tiga premis merias kuku tangan dan kaki serta dua premis solekan.
"Semua premis ini masih beroperasi, jadi kita tidak berhajat untuk mengembangkan lagi. Bagi yang bercadang untuk membuka spa itu masih dibenarkan tetapi perlu ikut peraturan PBT, yang tidak dibenarkan (lesen baharu) itu adalah premis rumah urut," katanya pada sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan kerajaan negeri untuk memansuhkan premis rumah urut itu berdasarkan konsep mentadbir Kedah yang mengambil pendekatan lebih baik mencegah daripada merawat kegiatan yang tidak bermoral.
"Jika kita beri ruang yang terbuka kepada orang untuk datang dan buat sesuka hati, akhirnya kita (kerajaan negeri) yang kena merawat. Tambahan pula, Langkawi ini bukanlah pusat pelancongan yang terletak pada spa tetapi pulau itu sendiri menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang ke sini.
"Kalau orang luar datang ke sini semata-mata kerana spa, mungkin mereka boleh pergi ke negara seberang (Thailand) yang jauh lebih hebat. Kita mahu memperkenalkan Langkawi ini kepada pelancong dengan benda-benda yang semula jadi seperti sejarahnya, pulaunya, makanan, budaya dan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Mansor berkata kerajaan negeri juga membuka ruang kepada mana-mana pihak swasta dari dalam mahupun luar negara yang berminat untuk membuka hospital swasta di Langkawi.
Selasa lepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah Amar Pared Mahamud (PN-Kuah) dalam Sidang DUN menyarankan supaya kerajaan negeri melabur menerusi anak syarikatnya atau menarik pelabur luar bagi mewujudkan sebuah hospital pakar bertaraf antarabangsa di Langkawi.
Hal itu katanya untuk membolehkan pelancong asing mendapatkan rawatan kesihatan terbaik di pulau pelancongan itu.
Beliau berkata Langkawi yang tersenarai pada tangga kesembilan sebagai Pulau Terbaik di Dunia oleh Majalah Travel Plus Leisure Readers 2023 seharusnya memiliki kemudahan hospital pakar bertaraf antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Mansor berkata premis sedia ada masih boleh beroperasi selagi tidak melanggar peraturan ditetapkan oleh PBT. - Gambar hiasan
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Polis serbu 10 rumah urut di Bukit Bintang
Polis menahan 81 tukang urut serta penjaga premis yang dipercayai terlibat dengan perkhidmatan urutan dan aktiviti tidak bermoral.
Tiada lesen baharu rumah urut di Langkawi
Kerajaan Kedah tidak berhasrat untuk mengeluarkan lesen baharu untuk premis rumah urut di Langkawi bagi mengelakkan kegiatan tidak bermoral berleluasa di pulau pelancongan itu.
Lima pondan ditahan, rumah urut gaji pekerja Islam diserbu di Ipoh
Kelima-lima pondan itu berasal dari Thailand.
Industri spa halal berkembang Thailand
Thailand telah menubuhkan pusat pembelajaran baharu bagi menyediakan latihan serta garis panduan perniagaan kepada ahli terapi dan usahawan spa halal bagi mematuhi standard halal.
Lima pasangan dicekup di hotel, rumah urut
Sebanyak lima pasangan ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Pencegahan Maksiat di sekitar bandar raya Johor Bahru, pada awal pagi Rabu.
Polis tahan lapan individu terlibat rumah urut dan persundalan
Polis menahan lapan individu termasuk empat wanita warga asing kerana terlibat dalam kegiatan rumah urut dan persundalan, dalam lima serbuan di sekitar daerah Timur Laut semalam.
8 maut dalam insiden tembakan di tiga spa, suspek dipercayai sasar wanita Asia
Tiga mangsa terbunuh di sebuah spa di timur laut Atlanta, manakala mangsa keempat pula dibunuh di sebuah lagi spa di seberang jalan.
Ingkar PKPP: 55 termasuk pengunjung pusat hiburan, rumah urut ditahan
Polis menahan 55 orang termasuk pengunjung pusat hiburan dan rumah urut kerana kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada hari ke-21 pelaksanaannya.
COVID-19: Thailand sahkan enam kes baharu
Thailand melaporkan enam kes baharu COVID-19 ketika negara itu akan memasuki fasa kedua pelonggaran sekatan, bermula 15 Mei ini.
6 wanita warga asing dicekup disyaki terlibat aktiviti pelacuran
Enam wanita warga asing dicekup selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran dalam serbuan di sebuah pusat refleksologi di Kota Kinabalu.