KUALA LUMPUR:Kementerian Kewangan memaklumkan setakat ini kerajaan tidak mengeluarkan lesen baharu kepada syarikat perjudian di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, sejak 1990, hanya satu lesen kasino dikeluarkan iaitu kepada Genting Malaysia Berhad.
Sementara, sebanyak 161 kepada syarikat, kelab dan persatuan; lima lesen induk kepada NFO serta 1,658 lesen kepada operator dan outlet NFO.
Selain itu, sebanyak tujuh lesen diberikan kepada peniaga mesin, katanya.
"Bagaimana kita mengawal perkara ini adalah kerajaan telah mengenakan terma dan syarat lesen dan permit yang perlu dipatuhi oleh operator perjudian berlesen.
"Bagaimana kita mengutip hasil adalah berdasarkan caj lesen atau permit cukai perjudian dan duti. Tiada lesen baharu sejak 1990," katanya pada Sesi Perbahasan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2020, di Dewan Rakyat, di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Sharif.
Kedua-dua mereka meminta penjelasan mengenai usaha kerajaan untuk mengawal aktiviti perjudian dalam negara.
Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata bagi aktiviti perjudian haram pula, ia tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa jumlah aktiviti perjudian haram adalah melebihi daripada jumlah industri judi berlesen.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 16 2020

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, sejak 1990, hanya satu lesen kasino dikeluarkan iaitu kepada Genting Malaysia Berhad. - Gambar hiasan

Politik | Perkembangan politik di Sabah
Keluar Parti Warisan, status ADUN Sebatik? Kita bersama Wakil Astro AWANI Sabah, Syahairizal Kamalul Arifin untuk perkembangan lanjut.

Cuaca Panas | Malaysia berdepan fenomena El-Nino?
Sebanyak 10 kawasan di semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam. Semakan status gelombang haba di portal rasmi MetMalaysia hari ini mendapati, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak. Manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

TH agih untung lebih baik untuk 2020
Agihan keuntungan bagi tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

Lima lagi lelaki diberkas merusuh di restoran
Polis berkas lima lagi lelaki dalam tangkapan berasingan di sekitar ibu negara pada Isnin hingga awal pagi Selasa berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields

Hukuman pesalah cetak rompak perlu setimpal dengan kerugian pengkarya
Menurut Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, hukuman pada masa ini terlalu rendah dan merugikan seluruh industri serta produksi yang penat lelah menjayakan karya itu.

Malaysia catat RM164 bilion pelaburan walaupun ketika dilanda pandemik - MIDA
Sektor perkilangan mendahului dengan peningkatan 10.3 peratus dalam pelaburan yang diluluskan.

Abdul Halim kekal jawatan Presiden ASTAF, tiada wakil M'sia dalam barisan kepimpinan
Ahmad merupakan bekas timbalan presiden persekutuan itu bagi penggal 2016-2021, dan pemilihan menyaksikan Mohd Nasri gagal meraih sebarang undi bagi jawatan berkenaan.
![[TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat [TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893123/6918181161614656264278_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat

AWANI Ringkas: Lebih 32,000 sudah divaksin di Malaysia | Musim panas, jerebu kembali?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

TMJ beri bayangan ambil alih Valencia
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mungkin melebarkan portfolionya dalam bola sepak bersama kelab Sepanyol, Valencia.

KDN perkukuh kerjasama dengan KKMM cegah penularan berita palsu vaksin
Kerjasama itu adalah dalam menangani isu penyebaran berita palsu terutama berkaitan vaksin COVID-19.

Kawalan sempadan negara terus diberi fokus pada 2021 - Hamzah
Kawalan sempadan negara akan terus diberikan fokus utama dan dikawal ketat pada 2021 serta diperkukuhkan dengan mentransformasi pengurusan dan tadbir urusnya.

Seorang maut, enam cedera serangan roket di kem tentera AS di Erbil, Iraq
Kementerian Dalam Negeri wilayah itu menyatakan beberapa roket ditembak pada 9.30 malam waktu tempatan di beberapa kawasan di Erbil, mencederakan beberapa orang awam.

Kartel daging: Syarikat sejuk beku, pengarah dan pengurus didakwa guna logo halal palsu
Sebuah syarikat sejuk beku bersama seorang pengarah dan seorang pengurusnya didakwa atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu berkaitan kartel daging.

Haramkan buku Tommy Thomas jika benar ada kesilapan fakta - UMMAH
Sekiranya terbukti wujud kesilapan fakta dalam buku tersebut, UMMAH meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penerbitan buku tersebut.

Iris Corp raih kontrak sistem imigresen NIIS RM1.16 bilion
Iris Corporation Berhad terlibat dalam pengeluaran pasport biometrik pertama di dunia untuk Malaysia pada 1998.

Hamzah Zainuddin dimasukkan ke ICU? Ini jawapan pejabat menteri
Dakwaan kononnya Hamzah Zainuddin dirawat di ICU tidak benar, tegas pejabat Menteri Dalam Negeri.

Langkah tolak pendaftaran Pejuang berunsur politik - Mukhriz
Mukhriz Mahathir memberitahu, alasan yang diberikan RoS adalah kerana permohonan yang diterima didapati 'tidak teratur'.

RoS tolak pendaftaran parti Pejuang - Peguam
Keputusan dibuat ketika permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik dijadual didengar hari ini.

JKJAV akan syor vaksinasi percuma kepada pekerja asing - Khairy
JKJAV akan mencadangkan beberapa syor kepada Kabinet termasuk memberi vaksinasi percuma kepada pekerja asing di Malaysia.