KUALA LUMPUR: Tiada lokaliti baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), manakala satu lokaliti ditamatkan.

Dalam kenyataan oleh Majlis Keselamatan Negara hari ini, tidak seperti kebiasaannya, tiada lokaliti baharu mahu pun lokaliti yang dilanjutkan PKPD.

MKN memaklumkan, lokaliti yang ditamatkan PKPD ialah Kampung Bambangan, Telupid, Sabah.

PKPD di lokaliti ini ditamatkan mengikut jadual iaitu 10 Oktober.