awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada maaf bagimu' - Rafidah Aziz jawab tuduhan jual AP

Fareez Azman
Fareez Azman
01/04/2019
11:18 MYT
'Tiada maaf bagimu' - Rafidah Aziz jawab tuduhan jual AP
Rafidah berkata beliau telah menarik balik lebih 100 permit pengeluar AP apabila disalahgunakan pihak tertentu.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan beliau tidak akan memaafkan individu yang memfitnahnya menjual Permit Import Kenderaan (AP) ketika memegang jawatan itu dahulu.
Sebaliknya, beliau telah menarik balik lebih 100 permit pengeluar AP apabila disalahgunakan pihak tertentu.
"Orang yang cakap ini, kalau tidak datang minta maaf, saya tidak akan maafkan dia. "Nak dapat AP ini punya seksa, kena tahu kriteria, diapprove kerajaan. Saya dah hentikan AP berpuluh tahun, tiada lagi yang hidup. Itu semua zaman Tengku Razaleigh. "Kita dah pergi check buat audit, dia ada kedai showroom dan macam-macam. Jika akaun dia okay, ada showroom. "Sejak saya menjadi menteri MITI, saya tarik lebih 100 pemegang permit. Itu agaknya orang UMNO benci saya." Jelasnya, tindakan berkenaan membuatkan sesetengah pihak marah kepadanya. Namun, ia tidak mematahkan semangat untuk terus tegas dalam menjalankan tugas sebagai menteri dan amanah terhadap mandat yang diberikan rakyat. "Orang suruh jual kereta, dia jual AP. Saya tarik diam-diam. Lepas itu mana yang berjalan, kita check setiap tahun," kata Rafidah. Beliau berkata demikian dalam Program Bicara Minda anjuran Sinar Harian pada Isnin.
Topic Berkaitan
#AP
#Bicara Minda
#menteri
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#MITI
#permit
#Permit Import Kenderaan
#Rafidah Aziz
#Tiada Maaf
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan