awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada masa ambil ujian antara alasan memandu tanpa lesen - JPJ

Bernama
Bernama
03/02/2022
08:44 MYT
Tiada masa ambil ujian antara alasan memandu tanpa lesen - JPJ
Kesalahan itu sebahagian besar dilakukan penunggang motosikal berusia antara 16 dan 20 tahun, dan mereka boleh dikompaun maksimum RM300 serta kenderaan boleh disita. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Tiada masa untuk mengambil ujian lesen memandu antara alasan kebanyakan individu yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan atas kesalahan memandu tanpa lesen.
Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata, kesalahan itu sebahagian besar dilakukan penunggang motosikal berusia antara 16 dan 20 tahun, dan mereka boleh dikenakan kompaun maksimum RM300 serta kenderaan boleh disita di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Tahun lepas kami merekodkan 12,728 kes iaitu peningkatan 3,509 kes berbanding tahun sebelumnya (9,219 kes) melibatkan kesalahan menunggang atau memandu kenderaan tanpa lesen," katanya kepada pemberita pada sidang media lelongan awam JPJ Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Beliau berkata bagi pesalah di bawah umur, ibu bapa atau pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan saman, sehubungan itu ibu bapa dinasihatkan tidak sewenang-sewenangnya membiarkan anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen.
Selain itu, menurutnya terdapat penunggang motosikal tidak menggunakan lesen mengikut kelas ditetapkan terutama penunggang motosikal berkuasa tinggi yang hanya memiliki lesen motosikal B2 , bukan lesen kelas 'B Full' seperti sepatutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lesen memandu
#JPJ
#penunggang motosikal
#memandu tanpa lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan