awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada masalah terputus bekalan makanan jika kawasan dilanda banjir - Pengarah JKMS

Afiezul Samit
Afiezul Samit
29/12/2021
07:25 MYT
Tiada masalah terputus bekalan makanan jika kawasan dilanda banjir - Pengarah JKMS
Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah menyediakan pangkalan hadapan yang dipenuhi bekalan makanan sejak Oktober lalu.
KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) memberi jaminan tidak berlaku masalah terputus bekalan makanan sekiranya beberapa kawasan di negeri itu dilanda banjir.
Pengarahnya, Noriah Ahmad berkata, ini kerana jabatan tersebut telah menyediakan pangkalan hadapan yang dipenuhi bekalan makanan sejak Oktober lalu.
Katanya, setakat ini 23 pangkalan hadapan didirikan terutama melibatkan kawasan sukar diakses seperti, Long Teran Kiri, Long Teran Kanan, Long Loyang dan Long Iman.
"Semua barangan bekalan makanan yang ada di sistem pangkalan hadapan ini dikawal dan diuruskan oleh komuniti setempat. Mereka mempunyai jawatankuasa sendiri.
"Sekiranya bencana berlaku, mereka dapat mengagihkan mengikut keperluan... jadi mereka tidak tertunggu-tunggu bantuan yang mungkin akan mengambil masa ekoran lokasi dan logistik," katanya kepada Astro AWANI.
Selain bekalan makanan Noriah memberitahu, pangkalan hadapan turut menyediakan keperluan lain seperti susu bayi serta lampin pakai buang untuk bayi dan warga emas.
Sementara itu, Noriah menyeru masyarakat untuk membantu pihaknya dari segi penglibatan sukarelawan mahupun bantuan.
Topic Berkaitan
#bekalan makanan
#Noriah Ahmad
#Pangkalan hadapan makanan
#jawatankuasa bekalan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan