Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi jaminan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) selamat dan tidak menghadapi masalah mendapan tanah dan takungan air.
Pengurus Besar Kanan MAHB (Perkhidmatan Operasi) Datuk Azmi Murad berkata aduan daripada sumber industri penerbangan mengenai permasalahan itu yang dibuat hampir tiga minggu selepas klia2 beroperasi pada 2 Mei lepas adalah tidak benar kerana MAHB akan menyelesaikannya segera sekiranya ia wujud.
"Bukan sesuatu yang luar biasa untuk sebuah lapangan terbang menghadapi masalah berkaitan tanah. Satu istilah teknikal akan digunakan untuk menerangkan mengapa tanah tidak rata, pada kebiasaannya, ia disebabkan oleh pergerakan dalam tanah.
"klia2 tidak menghadapi mendapan tanah kerana semua lapangan terbang di seluruh dunia mengalami masalah berkaitan tanah tidak rata," katanya pada sidang media selepas merasmikan perkhidmatan bas shuttle yang disediakan oleh syarikat Mesra Indah Jaya Sdn Bhd di klia2 di sini hari ini.
Azmi berkata demikian bagi mengulas laporan media yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai berkata MAHB dan Kementerian Pengangkutan perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah mendapan serta takungan air yang didakwa berlaku di landasan dan kawasan parkir pesawat di klia2.
Azmi berkata MAHB adalah pengendali lapangan terbang yang bertanggungjawab dan sentiasa mengikut garis panduan keselamatan antarabangsa yang ditetapkan dalam pengendalian sebuah lapangan terbang.
Mengenai perkhidmatan bas ulang alik dari KLIA dan klia2, Azmi berkata orang ramai kini mempunyai pilihan untuk meletakkan kenderaan mereka dengan kadar yang lebih murah.
"Bas shuttle akan disediakan kepada mereka yang meletakkan kenderaan mereka di 'Long Term Cark Park' (tempat letak kereta jangka lama) dan membawa mereka sama ada ke KLIA atau klia2. Kadar bayaran sebanyak RM2.50 dikenakan untuk satu jam dan RM32 untuk sehari manakala motosikal akan dikenakan bayaran RM1 untuk sekali masuk," katanya.
Bas itu akan berada di tempat letak kereta berkenaan pada setiap 15 minit dan beroperasi 24 jam, katanya.
Maklumat lanjut mengenai kemudahan parkir itu boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-87871735 atau 03-87874748.
Bernama
Sat May 24 2014
Tiada mendapan dan takungan air di klia2 - MAHB
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Warga Itali didakwa curi ubat di premis penjagaan kesihatan, kecantikan di KLIA T2
Maurizio Losi mengangguk faham di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Rusuhan Bangladesh: Pesawat AirAsia AK76 bawa rakyat Malaysia tiba di KLIA2
Pesawat AirAsia yang membawa rakyat Malaysia dari Dhaka, Bangladesh telah selamat tiba di Terminal 2, KLIA2, Sepang dari Dhaka, Bangladesh pada jam 4.56 petang, Selasa.
Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2
Dua lelaki berhadapan pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 38.85 kilogram bulan lepas.
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
Kes penipuan pelaburan i-Serve, dua lagi ditahan
PDRM menahan dua lagi individu berhubung kes penipuan pelaburan i-Serve pada awal pagi Isnin.
Guna Toyota Vellfire milik isteri buat 'ulat' di KLIA 2
Dipercayai pemandu itu menggunakan taktik memujuk dan merayu sebelum mengenakan cas bayaran tambang sebanyak RM180 kepada penumpang.
11 mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat pulang
Setakat semalam, seramai 123 daripada 153 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja telah berjaya diselamatkan.
Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.
JPJ tahan dua 'ulat' di KLIA2
Siasatan awal mendapati pemandu itu menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dengan mengenakan tambang kepada pelancong asing antara RM100 hingga RM150 dari KLIA2 ke Kuala Lumpur.
JPJ sita kenderaan 'ulat' di KLIA2
Operasi seharian itu turut menahan tiga pemandu berusia lingkungan 40-an.