awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pelajar Malaysia berdaftar lanjut pengajian di Lubnan - Zambry

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2024
11:55 MYT
Tiada pelajar Malaysia berdaftar lanjut pengajian di Lubnan - Zambry
Zambry berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat mengenai pelajar yang melanjutkan pelajaran tanpa berdaftar di negara itu. - Foto BERNAMA
BANGI: Kementerian Pendidikan Tinggi mengesahkan tiada pelajar Malaysia berdaftar yang melanjutkan pelajaran di Lubnan, setakat ini.
Bagaimanapun Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat mengenai pelajar yang melanjutkan pelajaran dengan tidak berdaftar di negara itu.
"Kita tidak mempunyai pelajar yang berdaftar (di Lubnan), kita belum mendapat maklumat (sekiranya ada pelajar) yang belajar itu yang tidak berdaftar.
"Tapi berdasarkan laporan daripada EMS kita yang pelajar-pelajar di Lubnan tidak ada, melainkan mereka tidak daftar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program In Person with Doc. Zam: Tips & Tricks for Freshies sempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2024/2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Zambry memberitahu, pelbagai langkah diambil Kementerian Luar untuk mengesan rakyat Malaysia termasuk pelajar secara tidak rasmi melalui madrasah ataupun sistem persekolahan di negara itu.
"Saya percaya Wisma Putra akan mengambil langkah pantas bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, keadaan di Lubnan yang diserang Israel ketika ini sangat tegang dan rakyat Malaysia digesa segera meninggalkan negara itu.
Pihak Hizbullah pro-Iran turut melancarkan ratusan bedilan roket dan dron ke Haifa, bandar di utara Israel kelmarin namun tiada kecederaan jiwa dilaporkan setakat ini.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Wisma Putra
#konflik Lubnan
#pelajar malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan