Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini mengesahkan tiada pendaratan pelarian Rohingya di persisir pantai negara susulan maklumat sebelum ini bahawa empat buah bot membawa 200 pelarian Rohingya akan tiba di Malaysia.
Ketua Pengarah APMM, Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pihaknya sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengawasi setiap bot yang menyusuri sempadan perairan negara khusus di Langkawi bagi memastikan tiada cubaan menyusup masuk dilakukan.
Beliau berkata pada 10 Okt lalu, pihak APMM menerima maklumat dari pihak polis yang mempercayai seramai 200 orang pelarian Rohingya sedang dalam pelayaran menuju masuk perairan Malaysia dengan menggunakan empat buah bot kecil.
"Berdasarkan pengalaman lalu, kami mempercayai bahawa sekiranya perkara itu berlaku, berkemungkinan pelarian tersebut akan menukar arah pelayaran dan menuju ke negara jiran yang lain.
"Kami memandang serius perkara ini dan sebagai langkah awal, kami juga bertukar maklumat dengan pihak berkuasa negara jiran bagi memastikan sempadan maritim tidak dibolosi oleh sesiapa untuk memasuki negara dengan cara tidak sah.
"Dalam pemantauan yang dilakukan terhadap maklumat yang diterima ini, kami telah menggerakkan aset kapal dan bot bagi membuat rondaan di laut termasuk pemantauan melalui udara dengan menggunakan helikopter kami, disamping sentiasa mengawasi radar khususnya di kawasan yang dipercayai mereka akan mendarat," katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Puzi meminta orang awam yang mempunyai maklumat bersabit kegiatan atau aktiviti yang mencurigakan berkenaan perkara tersebut agar menghubungi Pusat Operasi Maritim di talian 03-89434001 atau talian 999. - Bernama
Bernama
Sat Oct 15 2016
Ketua Pengarah APMM, Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar (gambar) berkata pihaknya sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. - Foto BERNAMA
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Empat warga Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan tempatan tanpa permit kerja sah
Sebuah bot nelayan tempatan pukat tunda kelas C ditahan APMM Pahang kerana tidak mempunyai permit kerja sah, pada kedudukan lebih kurang 23 batu nautika dari timur perairan Kuala Pahang.
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.