awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada peraturan wajibkan peniaga restoran miliki sijil halal - Jakim

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
12/01/2019
12:49 MYT
Tiada peraturan wajibkan peniaga restoran miliki sijil halal - Jakim
Menurut JAKIM, Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan berpandukan Akta Perihal Dagangan 201. - Gambar hiasan
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim menegaskan bahawa cadangan mewajibkan peniaga restoran memiliki sijil halal memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak.
Ketika ini, jelasnya, tiada peraturan mewajibkan mana-mana syarikat mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dari Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri, atau Majlis Agama Islam Negeri.
"Dimaklumkan bahawa, SPHM adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan berpandukan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Permas), Ayob Abd Majid pada 7 Januari lalu yang mencadangkan Jakim mewajibkan sijil halal kepada pengusaha restoran sebelum beroperasi.
Justeru, Jakim menasihatkan semua pengusaha restoran dan pengeluar produk makanan supaya mendapatkan sijil halal dari Jakim atau JAIN bagi memastikan jaminan halal dan kualiti makanan yang disediakan di samping meningkatkan keyakinan pengguna.
"Berpandukan Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011, sekiranya didapati mana-mana pihak yang cuba mengelirukan pengguna dengan status halal maka mereka boleh didenda sehingga tidak melebihi RM5 juta jika kesalahan pertama dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan.
"Manakala jika kesalahan dilakukan oleh bukan pertubuhan perbadanan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama," ujarnya.
Ujarnya, peniaga juga perlu mempunyai sensitiviti yang tinggi untuk membangun perusahaan dan memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini.
Manakala bagi pengguna, mereka diingatkan memilih hanya premis yang mempunyai sijil halal yang diyakini sah sahaja.
Topic Berkaitan
#Halal
#Islam
#Jabatan Agama Islam Negeri
#JAKIM
#Majlis Agama Islam Negeri
#pengusaha restoran
#restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan