awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perintah pemindahan bagi DPP Ahmad Shazalee - AGC

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2015
01:47 MYT
Tiada perintah pemindahan bagi DPP Ahmad Shazalee - AGC
Pejabat Peguam Negara menjelaskan bahawa tidak ada perintah pemindahan bagi Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi daripada SPRM.
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan, pihaknya tidak mengeluarkan arahan perpindahan kepada Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Shazalee Abdul Khairi.
“Pejabat Peguam Negara menjelaskan bahawa tidak ada perintah pemindahan bagi Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi daripada SPRM ,” tulis AGC dalam Twitter rasmi jabatan itu Isnin malam.
The AGC clarifies that there is no transfer order for DPP Ahmad Shazalee Abdul Khairi out of the MACC..
— Jab Peguam Negara (@AGCPutrajaya) November 2, 2015
Menurut akhbar The Star, sebuah portal berita sebelum ini melaporkan bahawa Ahmad Shazalee telah diarah untuk kembali ke AGC meskipun tempoh pinjamannya dilanjutkan sehingga 2017.
Sementara itu, Ahmad Shazalee juga dilaporkan terkejut mengenai ‘arahan perpindahan secara tiba-tiba itu’.
"Saya juga terkejut. Saya masih datang ke pejabat SPRM, tiada siapa memberitahu saya apa-apa mengenai arahan perpindahan," katanya seperti yang dipetik dalam The Star.
Beliau merupakan salah seorang daripada enam pegawai SPRM yang ditahan polis Ogos lalu atas dakwaan kebocoran dokumen siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, iaitu bekas anak syarikat milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahmad Shazalee yang bertigas di bahagian khas operasi SPRM, juga merupakan antara DPP yang terlibat menyiasat SRC International.
Topic Berkaitan
#AGC
#Ahmad Shazalee Abdul Khairi
#DPP
#Pejabat Peguam Negara
#SPRM
#SRC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan