awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
Vijay Singh kembali ke PGA Tour 2026 pada usia 63 tahun
Pemandu Honda Jazz sebabkan kematian pelajar UniSZA direman empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perlombongan di Hutan Simpan Kekal, RUUPIN dibentang selepas Belanjawan 2026 - Johari

Bernama
Bernama
18/08/2025
05:20 MYT
Tiada perlombongan di Hutan Simpan Kekal, RUUPIN dibentang selepas Belanjawan 2026 - Johari
Johari berkata sehingga kini, tiada sebarang aktiviti perlombongan berlaku dalam kawasan HSK di negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) dijangka dibentang di Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2026, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas serta fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata RUU itu kini di peringkat penelitian Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Insya-Allah, sebaik sahaja RUU ini dimuktamadkan kita akan bentang di Dewan Rakyat. Cadangannya kalau tiada perubahan besar, kita akan bentang selepas pembentangan belanjawan, kemudian kita akan bahas," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) yang ingin tahu sama ada kerajaan dapat memberi jaminan bahawa RUUPIN dapat dikuatkuasakan secepat mungkin memandangkan dasar berkaitan perlombongan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) masih kurang jelas.
Mengulas lanjut, Johari berkata sehingga kini, tiada sebarang aktiviti perlombongan berlaku dalam kawasan HSK di negara ini.
Topic Berkaitan
#RUUPIN
#RUU Perubahan Iklim
#perlombongan
#hutan simpan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan