awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada permohonan kenaikan yuran IPTS diluluskan sejak Jun - Menteri

Bernama
Bernama
21/12/2020
08:27 MYT
Tiada permohonan kenaikan yuran IPTS diluluskan sejak Jun - Menteri
Noraini berkata ini bagi memastikan kebajikan pelajar serta akses kepada pendidikan tinggi terjamin selain mengekalkan daya saing IPTS. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Tiada sebarang permohonan kenaikan yuran daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) diluluskan bagi tempoh 1 Jun lalu hingga kini, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata ini bagi memastikan kebajikan pelajar serta akses kepada pendidikan tinggi terjamin selain mengekalkan daya saing IPTS.
"IPTS dikawal selia di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan diuruskan oleh syarikat yang diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia mempunyai Lembaga Pengarah Syarikat sendiri.
"Selaras itu, penetapan kadar yuran IPTS adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Pengarah Syarikat berpandukan kepada kadar yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi," katanya dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri S. Vell Paari di sini.
Vell Paari bertanyakan tentang bilangan universiti awam dan swasta yang telah mengurangkan atau membatalkan sebahagian yuran pengajian berikutan penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) .
Noraini berkata semua universiti awam turut memberi pengurangan yuran pengajian sekurang-kurangnya 15 peratus bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dan semester pertama sesi akademik 2020/2021.
"Pengurangan tersebut dilakukan setelah mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan dan universiti awam.
"Seramai 523,318 pelajar universiti awam di seluruh negara mendapat manfaat daripada keputusan ini, manakala langkah sama juga diteruskan bagi semua universiti awam untuk pengajian semester pertama sesi 2020/2021," katanya.
Topic Berkaitan
#yuran
#ipts
#kenaikan yuran
#tidak diluluskan
#Kementerian Pengajian Tinggi
#Dr Noraini Ahmad
#kebajikan pelajar
#akses kepada pendidikan tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan