awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada PKP, tiada sekatan balik kampung sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri - PM

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2022
08:39 MYT
Tiada PKP, tiada sekatan balik kampung sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri - PM
Ismail Sabri berkata, orang ramai tidak akan disekat daripada balik kampung pada sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri tahun ini. - Gambar fail
BERA: Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan balik kampung sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, tahun ini.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika terdapat peningkatan kes COVID-19 di sesebuah kawasan, kerajaan hanya akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan yang terbabit sahaja.
"Sudah ada orang yang buat spekulasi macam-macam, termasuk kononnya tak boleh balik raya kerana kes meningkat semula sejak beberapa hari lepas, namun jangan bimbang, kita tidak akan tutup lagi seluruh negara, atau negeri atau daerah kerana jaminan sudah diberikan.
"Pergerakan rakyat juga seperti biasa, tetapi kita akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana kita ada PKPD.
"Jika kampung itu yang dikenakan PKPD, maka mereka dari kampung itu sahaja yang tidak boleh pulang," katanya pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bera di Pejabat Kemas Bera di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata cadangan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dibentang dalam mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan turut dihadiri wakil parti-parti pembangkang.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan cadangan SOP itu secara terperinci, kerana keutamaan adalah untuk mengelakkan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 akibat PRN itu.
"Kita serahkan kepada KKM untuk menentukan SOP secara terperinci dan saya boleh memanggil mesyuarat sidang khas MKN untuk membincangkannya," katanya.
PRN Johor akan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa semalam selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran selepas menerima menghadap Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Topic Berkaitan
#PKP
#balik kampung
#Tahun Baharu Cina
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan