awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada PKPD di Selayang, Chow Kit tetapi..

Hakim Rahman
Hakim Rahman
05/05/2020
07:12 MYT
Tiada PKPD di Selayang, Chow Kit tetapi..
Kerajaan hanya memperketatkan kawalan secara pentadbiran tetapi tidak mengisytiharkan PKPD di kawasan itu. Foto Bernama
Dua kawasan di Selayang dan Chow Kit tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) namun pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dihadkan.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan hanya memperketatkan kawalan secara pentadbiran tetapi tidak mengisytiharkan PKPD di kawasan itu.
“Kita perketatkan kawalan secara pentadbiran, mungkin kita kawal dengan kawat berduri dan mengawal dari segi keluar masuk secara lebih ketat daripada biasa tetapi secara pentadbiran sahaja.
“Kita juga melakukan swap test kepada penduduk di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang media harian.
Sebelum ini beberapa media melaporkan kawasan di Selayang iaitu di Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti manakala Chow Kit (kawasan sekitar Jalan Raja Bot) dikenakan PKPD.
Difahamkan kawasan sekitar Pasar Raja Bot melibatkan kira-kira 3,000 penduduk termasuk di Jalan Haji Hussien, Kampung Manggis dan Jalan Raja Alang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menyatakan kawalan dan pemeriksaan bersasar akan dilakukan jika berlaku jangkitan kes COVID19 di sesuatu kawasan.
Topic Berkaitan
#Chow Kit
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#kawalan
#PKP
#PKPB
#PKPD
#saringan kesihatan
#Selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan