Tidak akan ada pilihan raya kecil susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa yang melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar.
Beliau berkata tiada keperluan baginya sebagai Speaker DUN untuk menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan berikutan keputusan itu, berdasarkan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sarawak.
Perkara itu, antara lain, menyatakan bahawa jika kekosongan pada tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Undangan Negeri hendak dibubarkan, kekosongan jawatan itu tidak akan diisi, melainkan jika Speaker memberitahu SPR secara bertulis bahawa jumlah kekuatan parti yang menjadi majoriti ahli DUN terkesan oleh kekosongan tersebut.
"Keperluan untuk Speaker menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tidak timbul dan tanpa pemberitahuan itu, tidak (akan) ada pilihan raya kecil," katanya pada sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri, di sini.
Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan bahawa DUN Sarawak membuat keputusan betul dalam melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai ADUN Pujut berhubung statusnya memiliki dua kewarganegaraan.
Ia membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 7-2, dan memetik Perkara 19 Perlembagaan Sarawak dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa DUN mempunyai kata putus dalam perkara seumpama itu dan prosiding DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.
Mohamad Asfia berkata isu yang dihujah dalam kes itu bukan soal politik tetapi persoalan patriotisme, yang mencerminkan pendirian bahawa sesiapa yang memperoleh kewarganegaraan negara lain dan menjadi sebahagian daripada negara itu tidak boleh dibenarkan untuk mewakili pemilih dalam Malaysia dan duduk di dalam dewan yang menggubal undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 11 2020

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa DUN Sarawak membuat keputusan betul dalam melucutkan kelayakan Dr Ting (gambar) sebagai ADUN Pujut berhubung statusnya memiliki dua kewarganegaraan. - Gambar fail

Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.

Pasha minta peminat cadang nama penyanyi baharu untuk kolaborasi
Agak-agak penyanyi wanita mana yang anda mahu lihat nyanyi bersama Ungu di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur?

Rosak kereta di Stadium MBPJ, tujuh lelaki didenda RM2,000
Tujuh lelaki masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana berhimpun secara salah dan merosakkan sebuah kereta di parkir Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu.
Bila internet laju, hiburan lagi padu!
Dah ada Astro kan? Berita baik untuk pelanggan Astro. Dapatkan Astro Fibre kelajuan 500MMbps hanya RM90 je sebulan! Lagi best, harga tu tetap selama 24 bulan tau!
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Pecutan akhir kempen PRK Kemaman
Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali memberi pandangan mengenai pecutan terakhir kempen Pilihan Raya Kemaman.
Lelaki mengaku bersalah abaikan empat anak
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan mengabaikan empat anaknya.
Gaji minima perlu diteruskan seiring pelaksanaan dasar gaji progresif - Pakar
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani menegaskan penguatkuasaan gaji minimum perlu diteruskan seiring pelaksanaan gaji progresif.
Pengganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar lebih 10kg dadah
Seorang pengganggur Lee Chi Wan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat lebih 10 kilogram 18 November lepas.
Tentera Israel musnahkan 60 peratus rumah di Gaza
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza.
#IsraelCuak
#IsraelCuak

ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.

40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.

40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.

PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.

PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.

DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.

Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.

Razman dicabar buktikan ada gerakan mahu tumbang kerajaan negeri Perak - Arafat
Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mencabar Pesuruhjaya Pas Perak untuk membuktikan dakwaan ada beberapa ADUN kerajaan berjumpanya berhubung gerakan menumbangkan kerajaan negeri.

Isu peruntukan pembangkang hangatkan sidang DUN Pahang
Isu pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang menghangatkan persidangan DUN Pahang hari ini, apabila beberapa wakil pembangkang dan kerajaan saling mempertahankan pendapat mereka.