KUALA LUMPUR: Tiada produk coklat jenama Kinder daripada kilang Ferrero Ardenes di Arlon, Belgium yang dilaporkan tercemar dengan bakteria Salmonella typhirium masuk ke Malaysia.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (KKM) Mohd Salim Dulatti mengesahkan perkara itu berdasarkan semakan data melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan (FoSIM) Malaysia dari tahun 2021 sehingga kini.
Beliau berkata maklumat daripada International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN) turut mengesahkan produk yang terlibat tidak dieksport ke Malaysia.
"Coklat berjenama Kinder yang memasuki negara ini kebanyakannya diimport dari Poland, Itali, Jerman, India dan beberapa negara lain.
"Bagaimanapun, KKM akan meningkatkan pemantauan terhadap produk coklat jenama Kinder di pintu masuk negara bagi memastikan produk terlibat tidak masuk ke pasaran tempatan. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Salim turut menasihatkan pengguna agar menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan.
Hari ini media melaporkan beberapa produk coklat Kinder iaitu Kinder Surprise, Kinder Mini Eggs, Kinder Surprise Maxi 100g, Kinder Schokobons dan Kinder Egg Hunt Kit dikesan tercemar dengan bakteria Salmonella typhirium.
Salmonella typhirium adalah bakteria patogenik yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dengan simptom demam, kekejangan perut dan cirit-birit terutama di kalangan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022
International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN) turut mengesahkan produk yang terlibat tidak dieksport ke Malaysia. - Gambar/ Reuters
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Wabak Salmonella dalam produk coklat menular di 11 negara - WHO
Terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat "Kinder" keluaran Belgium.
Tiada produk coklat Kinder tercemar masuk ke Malaysia - KKM
Tiada produk coklat jenama Kinder daripada kilang Ferrero Ardenes di Arlon, Belgium yang dilaporkan tercemar dengan bakteria Salmonella typhirium masuk ke Malaysia.