Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz hari ini berkata tiada istilah projek 'gajah putih' di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang dilaporkan media.
Beliau berkata sebaliknya beberapa projek yang dibina untuk kemudahan awam tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kota selain turut dirosakkan sehingga ia terpaksa dihentikan atau tergendala.
"Sebagai contoh, 20 tandas awam automatik diwujudkan di sekitar ibu kota pada 2006 namun sehingga 2012 hanya enam masih beroperasi tetapi telah ditukar kepada kaedah manual," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Selain tandas berkenaan, laporan akhbar berbahasa Inggeris itu antara lain menyentuh isu Kompleks Tun Sambanthan di Brickfields, projek Belon Amaran Banjir di Kampung Kasipillay di Jalan Ipoh, Kompleks Letak Kereta Bertingkat di Brickfields dan Taman Dusun Bandar di Jalan Bellamy.
Mengenai Kompleks Tun Sambanthan, Mhd Amin Nordin berkata pihaknya telah memindahkan penjaja tepi jalan di sekitar Brickfields ke kompleks itu secara berperingkat sejak Ahad lalu.
"Petak letak kereta di hadapan kompleks itu sebenarnya disediakan secara percuma oleh DBKL namun warga kota memilih untuk meletakkan kenderaan mereka di hadapan premis di Little India menyebabkan kesesakan," katanya.
Datuk Bandar seterusnya berkata projek Belon Amaran Banjir di Kampung Kasipillay terpaksa dihentikan untuk kerja penyelenggaraan susulan vandalisme.
Bagi Kompleks Letak Kereta Bertingkat di Brickfields, Mhd Amin Nordin menjelaskan projek itu mengalami kelewatan disebabkan kerja pemindahan sistem pembentungan paip Indah Water Konsortium berdekatan yang masih dijalankan.
Menurutnya Taman Dusun Bandar pula masih dibuka untuk kegunaan awam namun jarang digunakan dan bukannya kawasan terbiar seperti yang didakwa.
"Warga kota dialu-alukan untuk memanfaatkan taman itu bagi kegunaan rekreasi, kami turut ada pekerja yang membersih dan mengendalikan tanaman di taman itu," katanya.
Beliau turut menggesa warga kota supaya memanfaatkan kemudahan awam yang dibina DBKL di sekitar ibu kota dan menjaganya dengan baik demi keselesaan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2017
MHD AMIN: Tiada istilah projek 'gajah putih' di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang dilaporkan media. - Gambar fail
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Tiada projek 'gajah putih' di bawah DBKL - Mhd Amin
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz hari ini berkata tiada istilah projek 'gajah putih' di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang dilaporkan media.
Bajet 2017: DBKL peruntuk RM2.87 bilion
Daripada peruntukan itu, sejumlah RM1.728 bilion disediakan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.143 bilion bagi pembangunan.