awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
Roma intai peluang bersatu semula dengan Mo Salah
Akmal Rizal kecewa KRW FC gagal manfaat peluang, tewas 0-1 kepada Kuching City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi di China

Bernama
Bernama
19/12/2023
15:56 MYT
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi di China
Wisma Putra mengesahkan pihaknya akan terus memantau rapat perkembangan terkini bencana itu melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Xi'an. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dalam kejadian gempa bumi di Provinsi Gansu dan Qinghai di barat laut China.
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) mengesahkan pihaknya akan terus memantau rapat perkembangan terkini bencana itu melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Xi'an.
"Malaysia merakamkan simpati dan takziah kepada rakyat dan Kerajaan Republik Rakyat China serta mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi ini," menurut kenyataan Wisma Putra
Gempa bumi dengan magnitud 6.2, berlaku pada 11.59 malam 18 Dis itu menjejaskan Provinsi Gansu dan Qinghai.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kira-kira 105 orang maut dan 397 lagi cedera di Gansu dan 11 lagi dilaporkan terbunuh di Qinghai.
Menurut kenyataan itu, lebih 4,700 rumah rosak dan beberapa kampung mengalami gangguan bekalan elektrik, bekalan air, pengangkutan dan komunikasi.
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Xi'an di talian berikut:
Konsulat Jeneral Malaysia di Xi'an: Telefon/Faks: +8629-8956 8478 / +86 186 2968 1928 (selepas waktu bekerja) atau e-mail: [email protected]
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#bantuan konsular
#bekalan air
#rumah rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan