awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terkesan akibat letusan Gunung Semeru di Jawa Timur - Kedutaan

Bernama
Bernama
24/11/2025
15:05 MYT
Tiada rakyat Malaysia terkesan akibat letusan Gunung Semeru di Jawa Timur - Kedutaan
Mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan ke bandar utama atau daerah berhampiran Gunung Semeru, pantau dahulu maklumat terkini melalui media massa. - Gambar arkib/APBN
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Isnin berkata tiada laporan warganegara Malaysia yang terkesan akibat letusan Gunung Semeru di sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang di Provinsi Jawa Timur.
Kedutaan turut menasihatkan mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan ke bandar utama atau daerah berhampiran Gunung Semeru supaya memantau perkembangan terkini melalui media massa.
"Warganegara Malaysia perlu menyemak status perjalanan dengan syarikat penerbangan sekiranya berlaku sebarang perubahan mengejut melibatkan situasi ruang udara," menurut kedutaan dalam kenyataan.
Pihaknya kini terus memantau rapat perkembangan Gunung Semeru yang telah meletus pada 19 November.
Menurut kedutaan, Badan Pengurusan Bencana Negara Republik Indonesia memfokuskan usaha bantuan di tiga perkampungan yang terkesan iaitu Supiturang dan Oro-Oro Ombo di Daerah Pronojiwo, dan Penanggal di Daerah Candipuro.
Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Republik Indonesia pula mengekalkan status kesiagaan pada tahap tertinggi iaitu Tahap IV dan masih menjangkakan potensi letusan selanjutnya yang mungkin berlaku.
"Pemerintah Kabupaten Lumajang sebelumnya telah mengisytiharkan status darurat selama tujuh hari mulai 19 hingga 26 November," kata kedutaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Gunung Semeru
#gunung berapi
#bencana alam
#pengurusan risiko
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan