KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman berani mati di Ankara yang mencederakan dua anggota polis, jam 9.30 pagi, pada Ahad

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra mengesahkan tiada laporan mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Malaysia bersolidariti dengan Turki dan masyarakat antarabangsa dalam menolak sebarang tindakan keganasan yang bertujuan menganggu proses politik yang sah.

"Kedutaan Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.

Sehubungan itu, Wisma Putra menyeru rakyat Malaysia di Turki untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan daripada pihak berkuasa tempatan.

"Untuk bantuan, sila hubungi Kedutaan Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul," ujarnya.