Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu secara rasminya hari ini.
Beliau juga dijangka bertemu perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya untuk membincangkan perkembangan politik di Terengganu hari ini.
Ahmad Razif dilihat memasuki pejabat menteri besar di tingkat enam, Wisma Darul Iman pada pukul 7.45 pagi tadi.
Dalam sidang media pertamanya sebagai Menteri Besar, Ahmad Razif yang nampak bertenaga dan bersemangat berkata beliau tidak boleh berlengah dan akan meneruskan pentadbiran Terengganu agar terus berjalan lancar.
Ditanya mengenai desakan PAS Terengganu agar beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ekoran kemelut politik di negeri itu ketika ini, Ahmad Razif menegaskan isu itu tidak pernah timbul.
"Itu memang kerja dia (PAS)...dulu, kini dan selamanya.
Pada sidang media itu juga beliau memberi jaminan tiada sebarang rombakan barisan exco yang sedia ada.
"Kita tiada sebarang masalah dan urusan pentadbiran berjalan seperti biasa dan tidak bercadang mengubah sebarang portfolio setakat ini," katanya yang masih menggunakan pejabat lamanya di tingkat enam, sebelum berpindah ke pejabat rasmi Menteri Besar di tingkat 16.
Ahmad Razif, 49 tahun, merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir selama dua penggal sejak 2008.
Beliau yang menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletak jawatan pada Isnin.
Astro Awani
Wed May 14 2014
Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (tengah) memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu secara rasmi hari ini
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Tragedi solat Jumaat: Keluarga Rahimi berlepas ke Christchurch
Rosdi berkata dia mahu melihat sendiri keadaan Rahimi dan berharap kehadiran mereka dapat memberi semangat kepadanya.
Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.
Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
Bayar 80 sen, bawa pulang kambing berharga RM800
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.
Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.
Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini