awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
PN Perlis hormati keputusan Muhyiddin lepas jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada saksi beri keterangan mereka beri suapan kepada Zahid Hamidi - Peguam

Bernama
Bernama
29/11/2021
10:25 MYT
Tiada saksi beri keterangan mereka beri suapan kepada Zahid Hamidi - Peguam
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tidak seorangpun saksi memberi keterangan bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah diberikan suapan atau terdapat unsur rasuah dalam pembayaran membabitkan Yayasan Akalbudi, yayasan kebajikan yang diasaskan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid, berkata saksi pendakwaan telah memberi keterangan bahawa mereka tidak pernah memberi suapan kepada tertuduh kerana pembayaran yang dibuat kepada yayasan itu adalah sumbangan politik serta untuk kebajikan dan ini disokong oleh dokumen kewangan.
"Berdasarkan cara transaksi dibuat, tidak terdapat unsur rasuah. Saksi pendakwaan juga berkata mereka tidak pernah memberi rasuah kepada tertuduh.
"Apapun, kesemua saksi ini (Datuk Abu Hanifah Noordin dan Chew Ben Ben) kekal konsisten," katanya.
Hisyam berkata demikian dalam hujah balas di akhir kes pendakwaan terhadap Ahmad Zahid, yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
"Kami menyifatkan semua transaksi ini sebagai transaksi terbuka, tidak ada unsur kerahsiaan, ia telah diteliti/scrutinised... cek terbabit juga boleh dikesan.
"Semua pembayaran telah diterima dalam bentuk cek dan bukan tunai, ia tidak dibuat secara senyap-senyap atau dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak wasangka," katanya sambil menambah transaksi terbabit juga telah diaudit oleh juruaudit luaran dan dalaman.
Prosiding hari ini bagaimanapun dipendekkan kerana Ahmad Zahid mempunyai janji temu bagi mendapatkan suntikan penggalak COVID-19 petang ini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Yayasan Akalbudi
#Rasuah
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan