awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
Raja Muda Perlis berkenan sertai kayuhan bersama alumni UiTM Perlis, komuniti bandar
Man Utd dominasi Man City, Michael Carrick mulakan tugas dengan kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada salah guna kuasa terhadap tertuduh 124B hingga 124N Kanun Keseksaan - Zahid

Bernama
Bernama
26/10/2015
15:23 MYT
Tiada salah guna kuasa terhadap tertuduh 124B hingga 124N Kanun Keseksaan - Zahid
AHMAD ZAHID: Dalam apa cara sekalipun, tiada sebarang penyalahgunaan kuasa dan kes-kes terlibat akan tetap dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan. - Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata tiada sebarang penyalahgunaan kuasa berlaku terhadap tertuduh yang didakwa dan disiasat mengikut Seksyen 124B hingga 124N Kanun Keseksaan.
Selain itu, pembelaan dan hak mereka mengikut seksyen berkenaan juga terjamin, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Menurutnya definisi yang jelas diberikan dalam pindaan Kanun Keseksaan itu, yang membolehkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melaksanakan tugas berdasarkan undang-undang dengan lebih tepat.
"Dalam apa cara sekalipun, tiada sebarang penyalahgunaan kuasa dan kes-kes terlibat akan tetap dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang meminta senarai penuh nama orang yang sedang disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 124B hingga 124N Kanun Keseksaan serta tindakan yang diambil bagi mengelak penyalahgunaan kuasa.
Ahmad Zahid berkata sehingga kini, dua orang telah dituduh daripada tujuh orang dalam 10 kes mengikut Seksyen 124B hingga 124N Kanun Keseksaan.
Mereka disiasat berhubung kesalahan berkaitan menggugat demokrasi berparlimen, sabotaj dan espionaj.
"Bagaimanapun, dalam hal ini saya tidak bercadang untuk mendedahkan maklumat lanjut memandangkan ada di antara kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak polis dan prosiding perbicaraan," katanya.
Topic Berkaitan
#124N
#Ahmad Zahid Hamidi
#Kanun Keseksaan.
#Seksyen 124B
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan