awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelombong emas didakwa rompak wanita China RM2.1 juta
Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi - Exco
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sebarang kesan mendapan tanah akibat pembinaan telaga tiub di Kelantan - Exco

Bernama
Bernama
17/04/2024
12:45 MYT
Tiada sebarang kesan mendapan tanah akibat pembinaan telaga tiub di Kelantan - Exco
Datuk Izani Husin berkata penemuan itu berdasarkan beberapa kajian berkaitan kuantiti air yang dilakukan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sebelum ini. - Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak mengesan sebarang impak negatif termasuk kejadian mendapan tanah kesan daripada pembinaan telaga tiub di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan Datuk Izani Husin berkata penemuan itu berdasarkan beberapa kajian berkaitan kuantiti air yang dilakukan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sebelum ini.
"Daripada segi teorinya, ia boleh berlaku tetapi setakat ini tiada impak negatif dikesan dan kita sedang dalam kajian menentukan sumber air mana yang lebih efektif untuk digunakan termasuk memanfaatkan air di permukaan seperti sungai.
"Ini kerana sumber air bawah tanah yang terdapat di Kelantan mengandungi pelbagai bahan termasuk magnesium yang memerlukan kos rawatan air yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.
Beliau berkata dakwaan bahawa mendapan tanah akan berlaku di Kelantan akibat pembinaan telaga tiub adalah palsu dan tidak benar.
Berikutan itu, Izani memaklumkan pihaknya tidak mempunyai rekod jumlah keseluruhan telaga tiub yang sudah dibina di negeri berkenaan.
"Buat masa ini, kita mempunyai 42 telaga tiub di seluruh Kelantan. Kemungkinan keperluan pembinaan telaga tiub membabitkan kawasan sempadan apabila bekalan air AKSB tidak sampai disebabkan beberapa masalah termasuk paip lama bocor.
"Kita telah membawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bagi membantu kerajaan negeri menukar paip lama sepanjang kira-kira 1,000 kilometer (km) daripada keseluruhan 5,000 km paip yang memerlukan kos tinggi," katanya
Semalam, Angkatan Belia Islam Malaysia Kelantan melahirkan rasa bimbang terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#telaga tiub
#mendapan tanah
#Kelantan
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan