KAJANG: Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 yang disalurkan kerajaan bagi setiap pelajar perlu diberikan sepenuhnya kepada ibu bapa tanpa sebarang bentuk pemotongan.
Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek menegaskan, jika ada mana-mana sekolah yang gagal mematuhi arahan itu, ibu bapa boleh membuat aduan terus kepada Kementerian Pendidikan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) untuk tindakan lanjut dan wang tersebut.
"BAP ini adalah untuk meringkankan beban ibu bapa justeru jumlah bantuan yang diberikan perlu sampai (sepenuhnya) ke tangan ibu bapa, tidak boleh dipotong," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Selangor si Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, di sini, pada Jumaat.
Fadlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, sekolah yang telah membuat pemotongan perlu memulangkan segera wang berkenaan dengan kadar segera.
"Kalau ada pemotongan kemukakan aduan kepada kita, kita siasat dan jumlah tersebut perlu dipulangkan," ujarnya.
Sebelum ini, satu perkongsian menerusi laman X mendakwa ada ibu bapa hanya memperoleh RM50 daripada keseluruhan RM150 yang diperuntukkan bagi BAP.
KPM sebelum ini mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan BAP yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.
Di Selangor sahaja, lebih RM127.3 juta diperuntukkan bagi BPA melibatkan 933 sekolah dan 848,744 pelajar.
BAP mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan telah mengumumkan menyediakan BPA sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Umavathi Ramayah
Fri Feb 02 2024
Menurut Fadlina, jika ada mana-mana sekolah yang gagal mematuhi arahan, ibu bapa boleh membuat aduan terus kepada Kementerian Pendidikan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam untuk tindakan lanjut dan wang tersebut. - Gambar fail
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
KPM teliti cadangan agih wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus
KPM sedang meneliti cadangan pengagihan wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus ke akaun pelajar sepenuhnya.
KPM akan tambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan
Ini termasuk memasukkan terus ke dalam akaun bank murid atau ibu bapa mereka supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.
Jangan lupa dokumen ini untuk terima bantuan awal persekolahan
Berikut beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.
Bajet 2023: Bantuan awal persekolahan dinaik RM150, diberi kepada semua murid
Kerajaan menaikkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM150 berbanding RM100 dan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya pada tahun hadapan.
Bantuan awal persekolahan RM327 juta tahun ini-Mahdzir
RM327 juta ringgit diperuntukkan untuk bantuan awal persekolahan 2018 kepada pelajar seluruh negara bagi meringankan beban kewangan keluarga.