Tiada sekatan buat rakyat Malaysia untuk berkunjung ke New Zealand susulan insiden serangan pengganas di dua masjid di Christchurch yang dilapor mengorbankan 49 nyawa pada Jumaat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata halangan hanya akan dilakukan sekiranya ada arahan daripada Kementerian Luar.

BACA: New Zealand bersatu dalam meratapi kesedihan - PM Ardern

BACA: Tragedi solat Jumaat Christchurch: Suspek utama didakwa membunuh

Beliau bagaimanapun menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang pergi ke New Zealand supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mengikuti arahan keselamatan oleh kerajaan negara itu.

"Jika Wisma Putra (Kementerian Luar) kata tak perlu (rakyat Malaysia) ke sana kita akan patuh arahan itu, dan pihak kita juga akan sentiasa berhubung dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran pelancongan MATTA Fair 2019 di sini hari ini.

Tiga rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden tembakan itu yang dilabel oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern sebagai keganasan.

-- BERNAMA