awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sekatan media walau laporan negatif, Perak amalkan demokrasi - MB Zambry

Bernama
Bernama
02/01/2017
04:31 MYT
Tiada sekatan media walau laporan negatif, Perak amalkan demokrasi - MB Zambry
ZAMBRY: Walaupun ada antara media melaporkan berita yang negatif, kami tidak pernah menghalang wartawan daripada membuat liputan.
Kerajaan Perak tidak pernah menyekat mana-mana organisasi media daripada membuat liputan di negeri itu walaupun jika ia membuat laporan yang tidak memihak kepada kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata ini kerana pihak kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar 'mengajar pihak media apa yang perlu dilaporkan atau berita yang tidak perlu ditulis atau disiarkan'.
Katanya, pihaknya sentiasa menghargai kerjasama daripada pihak media yang memberi liputan mengenai isu semasa atau perkara yang berkaitan dengan Perak sekali gus dapat membantu kerajaan negeri mentadbir dengan lebih baik.
"Walaupun ada antara media melaporkan berita yang negatif, kami tidak pernah menghalang wartawan daripada membuat liputan kerana inilah demokrasi yang kami sentiasa amalkan di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Malam Media Perak 2016 anjuran Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) yang dihadiri kira-kira 100 pengamal media daripada pelbagai agensi, di sini, malam tadi.
Pada majlis itu, Zambry turut menyempurnakan gimik pelancaran Tahun Melawat Perak 2017 inisiatif PPMP.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abd Wahab dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantu pentadbiran
#demokrasi
#Perak
#sekatan media
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan