awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Qatar tutup sementara ruang udara susulan ketegangan serantau yang memuncak
DUNIA
Iran lancar peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Qatar
SUKAN
JDT perkukuh benteng, ikat pemain warisan Irazabal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Tiada sekatan perjalanan baharu dikenakan ke atas rakyat Malaysia - Kementerian Luar

Bernama
Bernama
25/03/2025
10:47 MYT
Tiada sekatan perjalanan baharu dikenakan ke atas rakyat Malaysia - Kementerian Luar
Sebuah video tular secara mengelirukan mendakwa bahawa lapan negara telah memperkenalkan keperluan visa baharu untuk rakyat Malaysia baru-baru ini. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Luar berkata pada Selasa bahawa tiada sekatan visa baharu dikenakan ke atas rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke luar negara.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata dakwaan berhubung perkara berkenaan yang tular menerusi sebuah video di platform perkongsian video, adalah tidak benar. Video berkenaan secara mengelirukan mendakwa lapan negara telah memperkenalkan keperluan visa baharu untuk rakyat Malaysia baru-baru ini.
"Kementerian mengesahkan bahawa dakwaan ini sama sekali tidak benar. Pada masa ini, tiada perubahan dalam dasar visa yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia di negara-negara yang disebutkan," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar telah membuat laporan polis mengenai isu berkenaan dan merujuk video berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang serta peraturan sedia ada.
Sehubungan itu, kementerian menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat perjalanan yang tepat dan terkini. Kementerian turut menegaskan komitmennya dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat maklumat yang betul serta dilindungi semasa berada di luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#sekatan visa
#rakyat Malaysia
#dakwaan tular
#maklumat sahih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami