awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada seorang pun yang bebas daripada melakukan kesilapan' - Syed Saddiq

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2019
12:20 MYT
'Tiada seorang pun yang bebas daripada melakukan kesilapan' - Syed Saddiq
Zakir (kiri) dalam satu pertemuan dengan Syed Saddiq. - Instagram @suedsaddiq
“Let’s move on. The country needs healing." (Mari teruskan kehidupan. Negara ini perlu pulih).
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu hantaran terbaru di akaun media sosialnya mengajak rakyat Malaysia supaya tidak lagi mengeruhkan keadaan berkaitan isu Dr Zakir Naik.
Dalam satu hantaran terkini di Instagram, beliau memuat naik gambar sesi pertemuan dengan penceramah bebas yang berasal dari India berkenaan.
“Tidak ada seorangpun dalam dunia ini yang bebas dari melakukan kesilapan. Dr Zakir Naik sudah minta maaf. Saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kena berlapang dada bila ditegur,” katanya menerusi kapsyen.
Tambah Syed Saddiq, mana-mana pihak pun tidak perlu untuk mendabik dada apatah lagi menghina dan mencaci.
“Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa dan agama. We believe in moderation over extremism. (Kita percaya pada kesederhanaan berbanding ekstremisme). Kesatuan kita, adalah kekuatan kita.
“Setiap bangsa, ada sumbangannya yang tersendiri. Mereka merupakan rakyat Malaysia, sama seperti saya. Mari kita terus mengikat masa depan kita bersama,” pesan Syed Saddiq.
View this post on Instagram
Tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang bebas dari melakukan kesilapan. Dr Zakir Naik sudah minta maaf. Saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kena berlapang dada bila ditegur. . Tidak perlu nak mendabik dada & mengeruhkan keadaan lagi. Tidak perlu nak menghina & mencaci. Let’s move on. The country needs healing. . Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa & agama. We believe in moderation over extremism. Kesatuan kita, adalah kekuatan kita. Setiap bangsa, ada sumbangannya yang tersendiri. Mereka merupakan rakyat Malaysia, sama seperti saya. Mari kita terus mengikat masa depan kita bersama. . Unity in diversity. Stronger, together, forever.
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on
Aug 24, 2019 at 4:44am PDT
Dr Zakir Naik mencetus kontroversi sejak beberapa minggu lalu berikutan isi ceramahnya yang didakwa mengguris perasaan etnik tertentu di negara ini.
Sebagai reaksi balas, ada tekanan yang dibuat oleh beberapa pihak supaya Zakir tidak dibenarkan lagi menyampaikan ceramah dan dihantar pulang ke negara asalnya.
Pada 14 Ogos lalu, ketika isu itu masih panas, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu pendakwah Dr Zakir Naik diusir dari Malaysia.
Menerusi kenyataan aplikasi WhatsApp untuk menjawab soalan media, Syed Saddiq turut bersetuju dengan gesaan beberapa menteri Kabinet agar Zakir dihantar pulang.
Pada 22 Ogos, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Zakir tidak akan dihantar pulang sekiranya beliau tidak membuat sebarang masalah.
Topic Berkaitan
#kontroversi
#Mahathir Mohamad
#penceramah
#pendakwah bebas
#rakyat Malaysia
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#usir pulang
#Zakir Naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan