awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada tanah sesuai punca masalah flat Taman Permata, Dengkil belum selesai

Hakim Rahman
Hakim Rahman
11/09/2013
06:21 MYT
Tiada tanah sesuai punca masalah flat Taman Permata, Dengkil belum selesai
Ketiadaan tanah yang sesuai merupakan faktor utama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyelesaikan isu penduduk Pangsapuri Taman Permata Dengkil, Selangor.
Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan menjelaskan sekurang-kurangnya 14 hingga 16 hektar tanah diperlukan bagi membina perumahan baru buat penduduk terlibat.
Bagaimanapun, tegas Abdul Rahman lagi pemberian tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.
7.28 hektar tanah yang ditawarkan Selangor tidak mencukupi malah tidak sesuai kerana ia merupakan kawasan tadahan air selain terdapat paip gas dikawasan berkenaan.
Pihaknya turut menawarkan 400 rumah mampu milik kos rendah di Bukit Jalil kepada penduduk dan melakukan proses pemindahan itu dengan segera.
Bagaimanapun cadangan itu ditolak penduduk.
Sebelum itu lebih 80 penduduk di Pangsapuri Taman Permata di Dengkil terpaksa tinggal di dalam khemah sejak tiga bulan lalu.
Ia selepas kediaman yang diduduki mereka didapati tidak selamat dan berisiko runtuh.
Topic Berkaitan
#Datuk Abdul Rahman Dahlan
#Pangsapuri Taman Permata Dengkil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan